Breaking News
Home / প্রবাসী খবর / ১৩ আগস্ট পর্যন্ত মালয়েশিয়ার ১৯টি একালায় থাকবে মুভমেন্ট কন্ট্রোল ওর্ডার

১৩ আগস্ট পর্যন্ত মালয়েশিয়ার ১৯টি একালায় থাকবে মুভমেন্ট কন্ট্রোল ওর্ডার

 

১৩ আগস্ট পর্যন্ত মালয়েশিয়ার ১৯টি একালায় থাকবে মুভমেন্টে কন্ট্রোল ওর্ডারঃ  আগামি শনিবার থেকে ১৩ আগস্ট পর্যন্ত সাবাহ,পেরাক,পাহাং,তেরেজ্ঞানু,কেলানতান,কেডাহসহ মোট ১৯টি একালায় থাকবে মুভমেন্টে কন্ট্রোল ওর্ডার(পি,কে,পি,ডি)।

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 lokaliti di Sabah, Kelantan, Perak, Pahang, Terengganu dan Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 13 Ogos. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia membabitkan lapan lokaliti di Sabah, Kelantan (dua), Perak (empat), Pahang (tiga) manakala masing-masing satu lokaliti di Terengganu dan Kedah.

“Di Sabah membabitkan Kampung Lembah Permai dan Kampung Pugi Gunsapou di Ranau, Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis di Keningau, Kampung Marintaman di Sipitang, Kampung Gambaron 2 dan Kampung Tembidong-Bidong di Telupid dan Kampung Airport Lama di Tawau.

“Di Kelantan melibatkan Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang di Pasir Mas dan Kampung Wek Batu 23, Labok di Machang. Terengganu melibatkan Kampung Padang Kubu, Mukim Tebak di Kemaman manakala di Pahang melibatkan Pangsapuri Amber Court dan Tapak Bina Grand Ion Delemon, Genting Highlands di Bentong serta Felda Sungai Koyan 3, Mukim Ulu Jelai di Lipis,” menurutnya dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD pada Khamis.

PKPD di Perak pula melibatkan empat lokaliti dalam daerah Perak Tengah iaitu Kampung Biak Hilir di Mukim Bandar serta Kampung Biak Darat, Kampung Biak Baroh dan sebahagian Kampung Pasir Salak di Mukim Pasir Salak. Hishammuddin berkata, PKPD di Kedah pula melibatkan Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di Baling.

About mk tr

Check Also

এইমাত্র প্রবাসীদের উদ্দেশ্যে যা বললেন প্রধানমন্ত্রী শেখ হাসিনা

  প্রধানমন্ত্রী শেখ হাসিনা অধিক বিনিয়োগ আকর্ষণে তাঁর সরকারের দেয়া ব্যাপক সুযোগ-সুবিধা গ্রহণ করে মাতৃভূমিতে …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *