5 Tahun Men̷abung Duit Syiling Dal̷am Tong Besar, Or̷ang Ramai Terng̷anga Melih̷at Jumlahny̷a Yang Terlalu B̷anyak
Bapa Menabung Duit Syiling Dalam Tong Besar, Orang Ramai Ternganga Melihat Jumlahnya Yang Terlalu Banyak
Tabiat menabung atau menyimpan duit sememangnya satu tabiat yang bagus dan elok diamalkan. Tidak dinafikan ramai orang yang suka menabung, tetapi tidak ramai yang mampu mendisiplin diri untuk tidak mengambil duit tabungan itu untuk kegunaan yang tidak perlu.
Dewasa ini, semakin banyak orang berkongsi cara-cara mereka menabung namun tidak dinafikan berjaya atau tidak itu adalah bergantung kepada individu itu sendiri.
Dalam satu video yang tular, seorang pemuda telah mencuri perhatian netizen apabila kisahnya menabung duit syiling ke dalam sebuah tong besar menjadi tular. Apa yang mengejutkan adalah tong besar itu semuanya dipenuhi duit syiling yang dikumpul oleh ayahnya sejak 5 tahun lalu.
Berkongsikan video ketika dia dan keluarganya membuka tong tersebut untuk mengiranya, orang ramai melopong seakan tidak percaya melihat duit syiling yang begitu banyak sekali terkandung dalam tong berkenaan.
“Buka tabung 5 tahun check. Malam tadi kami selesai buka tabung ayah kami. Bermula dari maghrib hingga pukul 9 baru selesai,” kata pemuda ini.
Selepas mengira sehingga pukul 9 malam, jumlah duit syiling yang terkumpul dalam tong itu yang dikira ahli keluarga ini adalah lebih kurang sebanyak Rp 20 juta (RM 6,050).
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kegigihan ayah pemuda ini untuk menabung duit syiling sehingga tong besar itu penuh.Seorang netizen berseloroh mengatakan dia tidak boleh membayangkan sekiranya ketika mengira duit tabungan itu, tiba-tiba sahaja terlupa berapa yang sudah dikira.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kegigihan ayah pemuda ini untuk menabung duit syiling sehingga tong besar itu penuh.Seorang netizen berseloroh mengatakan dia tidak boleh membayangkan sekiranya ketika mengira duit tabungan itu, tiba-tiba sahaja terlupa berapa yang sudah dikira.
Sumber Nangtime
Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.