Sahabat Sejati, Rakan-rakan Bergotong Royong Siapkan Rumah Kawan Yang 8 Tahun Terbengkalai
Erti sebuah persahabatan yang ditunjukkan oleh 7 sahabat yang bekerjasama menyiapkan sebuah rumah raknnya yang telah 8 tahun terbengk4lai patut menjadi teladan kepada semua.
Jerantut: “Saya kasihan mendengar rintihan Iskandar setiap kali kami berjumpa apabila dia sering menceritakan masalah rumahnya terbengkalai sejak lapan tahun lalu.
“Jadi, saya bersama enam rakan lain membuat keputusan membantu Iskandar menyiapkan rumahnya secara bergotong-royong,” kata Muhammad Nazri Mutahfar, 46.
Beliau berkata, walaupun penat bekerja di siang hari, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk membantu Muhammad Iskandar Abdul Halim, 30, menyiapkan rumah terbengkalai di Kampung Belukar, Damak itu.
Menurutnya, mereka bersetuju membantu Iskandar menyiapkan rumahnya dengan syarat dia menyediakan barang keperluan seperti pasir, simen dan sebagainya.
“Berikutan bekerja sendiri pada waktu siang, kami hanya boleh membantunya pada waktu malam sahaja selepas solat Isyak.
“Kami bergotong-royong mulai 9 malam hingga 1 pagi sejak seminggu lalu dan Alhamdulillah, rumah itu hampir siap dan akan dicat pada minggu depan,” katanya.
Sementara itu, Iskandar berkata, usaha rakannya itu tidak dapat dibalasnya kerana sanggup bergotong-royong pada waktu malam walaupun penat bekerja di siang hari.
Belia kampung Damak, bergotong royong membantu Muhammad Iskandar menyiapkan rumahnya yang terbengkalai pada waktu malam, di kampung Belukar, Damak . FOTO ROSELAN AB MALEK
Menurutnya, dia mahu rumah itu disiapkan cepat segera diberikan kepada bapa, Abdul Halim Ismail, 58, yang kini uzvr dan s4kit terl4ntar manakala Maimunah Waria, 57, serta adik perempuan berstatus orang kur4ng up4ya (OKV).
“Saya tinggal bersama keluarga di rumah kayu yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah baru dibina itu.
“Saya asalnya membuat pinjaman untuk membina rumah PR1MA untuk golongan berpendapatan rendah di bawah Skim Pinjaman Perumahan (SPP) di atas tanah sendiri, pada 2014.
“Permohonan diluluskan dengan pinjaman RM45,000 sebelum rumah mula dibina kontraktor dilantik kerajaan dari Temerloh pada tahun sama, tetapi mereka berhenti membuat kerja beberapa bulan selepas itu tanpa memberikan alasan,” katanya.
Menurutnya, selain rangka, dinding dan atap rumah itu sudah dinaikkan tetapi belum diplaster dan ditinggalkan begitu sahaja.
Katanya, kontraktor terbabit sudah menggunakan RM32,000 daripada keseluruhan pinjaman menyebabkannya risau untuk melunaskan pinjaman memandangkan hanya bekerja kampung sahaja.
Jangan Lupa Joint Group Berita Semasa
Sumber:NewsHub24