Berlain̷an Ag̷ama Tidak Hal̷ang Pemuda Ini Terus Menj̷aga Ibunya! S̷ambut kedua-dua Per̷ayaan Bagi Mewujudk̷an Suasana Positif Ant̷ara 2 Budaya Berbez̷a
Berlainan Agama Tidak Halang Pemuda Ini Terus Menjaga Ibunya! Sambut kedua-dua Perayaan Bagi Mewujudkan Suasana Positif Antara 2 Budaya Berbeza
Kehadiran Tahun Baru Cina setiap tahun digunakan sepenuhnya untuk menyatukan dua keluarga berlainan bangsa sejak 17 tahun lalu.
Menjadi tugas Muhammad Asraff Lee Abdullah, 41, untuk memberi kefahaman kepada keluarganya selepas mengambil keputusan berkahwin dengan wanita beragama Islam, Normaeliyana Othman, 38.
Muhammad Asraf tidak pernah mengabaikan keluarganya dan meraikan Tahun Baharu Cina setiap tahun dengan cara unik.
Menceritakan kembali detik dia berkenalan dengan isterinya, penjawat awam itu berkata, dia dan isterinya bekerja di tempat sama di Kampar, Perak sebelum saling mengenali.
“Selepas berkenalan, saya tidak menunggu lama dan memberanikan diri ke rumahnya dan berjumpa dengan orang tuanya. Ternyata keluarga mentua tidak menghalang hubungan kami.
“Dalam masa kurang setahun kami mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, keluarga saya sukar menerima perkara ini kerana pada masa itu mereka belum faham,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seremban 3, di sini.
Bagi memastikan keluarganya menerima perkahwinan mereka, dia menggalas tanggungjawab menunjukkan sikap positif kepada keluarga.
“Ketika berkahwin, kami tinggal di Kampar. Saya berulang-alik ke Ipoh setiap hujung minggu untuk menziarahi keluarga. Saya tidak mahu mereka fikir apabila saya sudah bertukar agama, identiti saya dirampas.
“Malah, saya rebut peluang sambutan Tahun Baharu Cina dengan membawa isteri dan ibu bapa mentua untuk meraikan bersama perayaan ini malah kami akan makan besar di restoran yang menghidangkan masakan Cina halal.
“Ternyata, usaha saya menjadi dan dalam masa kurang setahun, ibu bapa saya mula menerima perkahwinan kami dan kami semakin rapat,” kata bapa kepada dua anak itu.
Muhammad Asraf berkata, ibunya Wu Sow Yoong, 83, kini tinggal bersamanya selepas bapa, Lee Si Kow meninggal dunia, dua tahun lalu.
“Meskipun ibu masih beragama asalnya, kami tidak mempunyai masalah untuk tinggal bersama,” katanya.
Sementara itu, Normaeliyana berkata, dia sudah terbiasa sehingga tidak merasakan ibu mentua dan suaminya berbangsa Cina.
“Kami bukan hanya menyambut Tahun Baharu Cina bersama, malah kami memastikan keluarga suami menyambut Aidilfitri di kampung saya bagi mengeratkan lagi hubungan kedua-dua keluarga yang berbeza budaya ini,” katanya.
Sumber BH
Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.