Betul Ke Tandas Punca Rezeki Boleh Terhalang? Ini Penjelasanya
Semoga perkongsian daripada Puan Melati Hatta ini akan membuka mata ramai orang di luar sana tentang kebersihan tandas atau bilik mandi yang mana ianya berkait rapat dengan rezeki kita pada setiap hari. Bilik air punca rezeki terhalang Hari ini saya nak kongsi bab bilik air. Saja nak kongsi walaupun saya tahu bilik air rumah anda cantik dan bersih.
Apa yang kita perlu lakukan adalah pergi tengok di bilik air (tandas) dalam rumah kita. mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah, kita termasuk dalam zon selamat.
Tolong baca sampai habis kenapa bilik air punca rezeki tersekat.
Dalam Islam memang kita tahu bahawa bilik air adalah tempat tinggal syaitan dan jin. Malah di situ jugalah mereka beranak-pinak. Adakah bilik air kita ada ciri-ciri seperti di bawah?
Tandas kotor. Adakah bilik air kita bersih seperti ini?
Lantai dan mangkuk tandas kotor kekuningan?
Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau hitam?
Sinki dalam bilik air berkerak?
Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
Pintu bilik air sentiasa terbuka?
Bila bilik air kotor, syaitan dan jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan. Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoklah syaitan dan jin keluar serta berjoget lambak dalam rumah kita. Bilik air kotor menjadikan rezeki payah nak masuk. Maka dari situ punca rezeki kita tersekat. Syaitan dan jin akan meruntuhkan kasih sayang yang juga rezeki dalam sebuah keluarga.
Anak jadi biadab, isteri hilang hormat pada suami, suami pemalas. Sifat-sifat negatif – akan banyak dalam diri kita. Contohnya, iri hati, cepat sentap, rasa diri selalu betul orang lain pula salah, sombong bongkak, lupa Allah (tak solat, puasa dan berzakat).
Bila kita melakukan sesuatu perniagaan, emosi kita haruslah stabil. Bila emosi tak stabil, mental lemah dan sifat malas berkuasa, macam mana nak berniaga?
Bermula dari hari ini, kena rajin basuh bilik air.
Dalil berkaitan tandas tempat tinggal jin:
Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi WaSallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Cara Bersih Bilik Air Kotor
Bilik mandi yang bersih akan memberikan keseronokan pada kita untuk mandi dalam keadaan yang selesa. Anda harus luangkan sedikit masa sekurang-kurangnya lima minit untuk bersihkan bilik air anda yang kotor kekuningan di rumah anda itu. Anda boleh amalkan tugas ini pada setiap kali anda ingin mandi dan pasti tandas kotor anda akan sentiasa bersih serta terjaga.
1. Cuci jubin, dinding, lantai dan sinki bilik air dengan menggunakan sebarang pencuci yang boleh di beli di kedai runcit atau pasar raya. Tuangkan bahan cuci ke kawasan yang anda ingin cuci dan bersihkan sehingga nampak bersih dan berpuas hati.
2. Anda juga digalakan menggunakan bahan peluntur yang terbukti berkesan untuk mencuci kekotoran yang degil seperti lumut dan sebagainya.
3. Mangkuk tandas juga harus dijaga dengan rapi dan selalu dicuci kerana pastinya rakan atau saudara yang datang nanti akan menggunakan tandas rumah anda. Lebih baik gunakan berus khas untuk mencuci tandas dan ulangi cucian setiap hari atau sekali sehari sekurang-kurangnya.
4. Letakkan apa saja jenis haruman yang sesuai untuk mewangikan suasana bilik air agar kita sentiasa selesa untuk menggunakannya. Anda boleh guna petua tradisional dengan bahan yang boleh didapati di rumah seperti daun pandan yang dihiris halus dan letakkan ke dalam bekas plastik yang terbuka atau dalam karung yang terbuka ruang udaranya.
5. Hiaskan bilik air anda dengan sebarang pokok bunga atau bunga plastik yang akan menceriakan lagi bilik air anda nanti. Hiasi dengan cermin yang digantung di dinding dan juga tempat penyangkut tuala mandi.
Sumber:Seismik
Jangan Lupa Joint Group Berita Semasa