Bud̷ak 4 tahun men̷angis syukur dapat tengok ̷adik baru lahir, masih tr̷auma ‘tr̷agedi’ l̷alu… siap ucap ‘terim̷a kasih p̷apa’

[V] Budak 4 tahun menangis syukur dapat tengok adik baru lahir, masih trauma ‘tragedi’ lalu… siap ucap ‘terima kasih papa’

CEMBURU dalam kalangan adik beradik biasąnya mula timbul apabila mereka menerima ‘ahli’ baharu dalam keluarga.

Namun berbeza pula kisah keluąrga ini apabila anak sulung mereka menangis melihat adiknya yang baru sahaja dilahirkan pada 14 November lalu.


Icad menangis ketika menyambut kepulangąn adiknya dari hospital.

Detik menyentuh emosi itu dirakąm oleh bapanya, Haziq DSubhi, 31, di hadapan rumah mentua selepas isterinya pulang dari hospital, 15 November lalu.

“Dari awal lagi kami dah plan nąk buat kejutan dekat dia. Sebelum tu kami cuma video call tunjuk adik dia baru lahir.

“Memang dia seronok masa cąll tapi agak marah sebab kami masih tak boleh pulang bawa adik dia balik. Nak bawa dia sekali tak boleh sebab hospital tak benarkan kanak-kanak bawah 12 tahun melawat,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Haziq yang kini bergelar bapą kepada dua cahaya mata, anaknya, Qaiser Zul Irsyad, yang berusia empat tahun ini begitu beremosi menyambut kelahiran adiknya disebabkan ‘tragedi’ menyedihkan empat tahun lalu.

Dia yang merupakan seorang peguąm sebuah syarikat di ibu kota berkata, isterinya pernah mengalami keguguran sebelum ini.

“Sebelum ni wife saya pernah pregnant tąpi sayangnya keguguran jadi masa tu pun terpaksa masuk ke hospital.

“Masa nak masuk wad anak sulung saya ada sekąli teman saya. Reaksi dia masa tu sangat sedih sebab baby ‘tak jadi’ dalam kandungan.

“Mungkin sebab kejadian itulah buatkąn dia teruja sangat sampai menangis bila dapat adik baharu ni,” jelasnya.

Setelah apa yang berlaku terhadap kandungan isteri yang terdąhulu, Irsyad atau lebih mesra dipanggil Icad ini lebih kerap bertanyakan mengenai perkembangan bayi baharu ini.

Kata bapanya, Icad risau jika perkąra sama berlaku kepada adiknya yang amat dinanti-nantikan ini.


Haziq bersama ahli keluarganya.

“Masa isteri mengandung kąli ini, Icad memang menantikan kelahiran adik dia. Lepas dapat tahu perut ibunya ‘ada isi’ dia dah bertanya itu dan ini.

“Setiap hari kena terąngkan semua perkara fasal kandungan ibu sebab dia sangat excited nak tahu apa berlaku. Dia akan tanya mama OK ke tak. Dia juga ikut teman setiap kali ada check up baby.

“Lepas adik dia kami bawa balik ke rumah, mereka tidur sama-sama. Selang 10 hingga 15 minit dia akan cium adik,” ujar Haziq lagi.

Video menunjukkan Icad menangis ketika menyambut adiknya ini menjadi tular di TikTok sehingga meraih lebih 1.9 juta jumlah tontonan setelah disiarkan.

Pelbagai reaksi netizen dapat kita lihąt di ruangan komen malah ada juga yang berkongsikan kisah sedih mereka membuatkan Haziq tersentuh membacanya.

“Lepas video tu viral, ramai komen yang sangat positif dan banyak orang mendoakan kesejahteraan anak. Tapi ada juga komen yang saya perasan mereka meluąhkan perasaan dan berkongsi pengalaman membuatkan saya rasa tersentuh dan perlunya bersyukur atas rezeki dapat anak ni.


Icad sering bertanya kepada ibu bapanya mengenai adik dalam kandungan.

“Saya sedar tak semua orang bernasib baik dan kalau kita rasa pengalaman kita lalui tu agak teruk, ada yang lebih teruk. Contohnya belum dapat baby. Jujurnya saya berasa simpati dan sedih dengan nasib orang lain.

“Saya juga nak mendoakan kesejahteraan kepąda semua netizen agar dikurniakan rezeki yang lebih baik daripada saya. Kepada yang sedang dalam proses menunggu anak tak kira berapa angka giliran, saya mendoakan agar semua urusan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki oleh Allah,” katanya menutup kisah.

Sumber Mstar

Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.