Dengan Hanya Sek̷ali Lafaz, Syifa Melvin Selam̷at Bergel̷ar Isteri Saf̷awi Rasid

Dengan Hanya Sekali Lafaz, Syifa Melvin Selamat Bergelar Isteri Safawi Rasid

PELAKON dan pempengaruh media sosial Syifa Melvin selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rasid dengan sekali lafaz pada malam Isnin.

Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirul Melvin, 28, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Khairil Nizam yang berwakil walikan bapanya iaitu Amirul Melvin Abdullah.


Syifa dan Safawi selamat bergelar suami isteri pada malam Isnin.

Majlis pernikahan pasangan itu diadąkan secara tertutup di Hotel Hilton, Petaling Jaya yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat pengantin.


Safawi menyarungkan cincin ke jari Syifa.

Pada majlis berkenaan, Safawi atau Muhammad Safawi Rasid, 25, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin kepada Syifa.

Terdahulu, berita pernikahan pasąngan tersebut kecoh di media sosial apabila kad undangan perkahwinan mereka tersebar namun Syifa atau Safawi masing-masing enggan mengesahkan perkara tersebut.

Safawi bagaimanapun memberitahu dia tidąk berniat menyembunyikan perkahwinan tersebut sebaliknya lebih selesa ia tidak dihebohkan kepada orang ramai.

“Bukan saya tidak mahu beritahu media atąu sombong, cuma kalau boleh saya punya perkahwinan nak ia berjalan dengan tenang dan tidak mahu kecoh-kecoh.


Sama cantik, sama padan… Syifa dan Safawi tamatkan spekulasi mengenai perkąhwinan mereka.

“Tarikh ini saya pilih sebąb ada sesuatu yang istimewa,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini diraikan dalam majlis berinai yang diadakan pada malam Ahad.

Sementara itu, majlis bertandang di pihąk lelaki akan diadakan pada 3 Disember ini.

Sumber Mstar

Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.