Heb̷at Auntie Purple mempuny̷ai pengikutny̷a tersendiri, Su̷ami pun sporting l̷ayan minat isteri suk̷a warn̷a ungu!
(V) Hebat Auntie Purple mempunyai pengikutnya tersendiri, Suami pun sporting layan minat isteri suka warna ungu!
SEORANG suri rumah menjadi terkenal di aplikasi TikTok dengan hampir 500,000 pengikut berkongsi pengalaman menghasilkan video menarik di laman berkenaan.
Wanita dikenali sebagai Auntie Purple ini tidak menyangka kandungan video dihasilkan olehnya mendapat sambutan daripada pengikut.
Menurut Auntie Purple atau nama sebenarnya Noor Suhaili Mohamed Amin, 44, kandungan video berkonsepkan warna ungu itu dilakukan secara tidak sengaja permintaan pengikut.
“Sebenarnya aunty memang minat warna ungu la. Bila kita buat content dalam rumah orang nampak rumah berwarna purple.
“Secara tak langsung mereka nampak aunty minat warna purple. Jadi daripada situ banyak permintaan buat content berwarna purple.
“Lama-lama macam seronok pulak content warna purple ini. Kita masukkan content transition dan campur content purple ataupun content purple sahaja kerana purple ni ada peminat yang tersendiri,” katanya kepada mStar.
Sumber Mstar
Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih