Ing̷at geli seb̷ab r̷ambut! Mac̷am ad̷a bend̷a berger̷ak-ger̷ak dek̷at teling̷a, bila buk̷ak terus terc̷ampak Helmet

Ingat geli sebab rambut! Macam ada benda bergerak-gerak dekat telinga, bila bukak terus tercampak Helmet

Di dunia ini ada pelbagai jenis serangga, dan diantaranya ada jenis serangga yang berbisa atau boleh menyebabkan kesakitan kepada kita (manusia). Antara serangga yang boleh membuatkan ramai orang takut ialah labah-labah, kala jengking, lipan dan sebagainya.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Wak Sarep mengalami satu situasi yang mendebarkan dan juga menakutkan apabila berdepan dengan salah satu serangga berbisa.

Seperti yang diceritakan lelaki ini dalam akaun Tiktoknya @waksarepysokan, kisahnya ketika lelaki ni sedang menunggang motosikal selama lebih kurang 40 minit, dia telah merasakan sesuatu yang geli di sekitar kepalanya yang pada mulanya disangkanya sebab rambut.

“Masa ride rasa, tapi ingat geli sebab rambut. Berhenti dan check, sekali pandang tak nampak. Rupa-rupanya dia menyorok celah-celah padding helmet. Selak betul-betul baru nampak,” kata Wak Sarep.

Rupa-rupanya, benda yang menyebabkan dia berasa geli ketika memakai helmet bukannya sebab rambut tetapi ada seekor lipan bersembunyi di celah-celah dalam helmet yang dipakainya.

Lelaki ini bersyukur kerana dirinya masih dilindungi dan tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku kepadanya seperti kena sengat lipan dan kemalangan dan sebagainya.


Dia berpesan kepada semua rider di luar sana agar mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak mengalami nasib sepertinya.

“Hati-hati korang.. Sebelum sarung check dulu.. Tengah ride, dok geli2 kat telinga pulak..” – Wak Sarep

Sumber I Muslim

Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.