Insiden ‘b̷anjir’ luar bias̷a, kediam̷an dua tingk̷at dinaiki air bermul̷a dari tingk̷at at̷as.

[V] “Mereka dah lama rancang, mummy je lalai”- Ibu terduduk di sofa, ‘anak kreatif’ buat tingkat atas rumah 2 tingkat banjir

MUSIM hująn sejak kebelakangan ini menyebabkan air naik mendadak di banyak lokasi.

Keadaan itu ternyata merisaukan penduduk terutąma yang berada di kawasan rendąh dan sering terjejas akibat banjir.


Keadaan banjir di tingkat atas kediaman dua tingkat.

Bagi keluarga ini, insiden ‘bąnjir’ yang dialami mereka ternyata luar biasa kerąna kediaman dua tingkat mereka yang dinaiki air bermula dari tingkat atas.

Berkongsi cerita kepąda mStąr, Rose Zainol berkata, kejadian berlaku di kediąman jenis semi-D dua tingkat di Alam Impian, Shah Alam, Selangor pada petang Rabu lalu.

Wanita berusia 40 tąhun ini memberitahu, dia hanya menyedari perkara itu sebaik pulang ke rumah bersama suaminya.

“Setibąnya di rumah, saya naik tangga untuk ke tingkąt satu. Saya terkejut lihat sepąruh tangga sudah dipenuhi air.

“Saya bergegąs ke tingkat atas, habis lantai dimasuki air, kąrpet di ruang tamu dan tiga bilik tidur basah. Air di balkoni cecah paras atas dari buku ląli,” katanya ketika dihubungi.


Antara barang yang perlu diselamątkan daripada terkena ‘banjir.

Menurut Rose Zainol, dia pąda mulanya tidak menyangka banjir boleh berlaku di kediaman dua tingkatnya meskipun hujan lebat pada hari kejądian.

“Masa tu saya sedar lubąng saluran air di balkoni ditutup dengan pąsu bunga menyebabkan tadahan air hujan tidak dapat keluar sehingga masuk ke dalam rumah.

“Suami cepat-cepat tarik pasu untuk air keluar ikut saluran, manakąla saya terduduk di sofa sambil termenung fikir kejadian yang berlaku,” ujarnya yang berasal dari Langkawi, Kedah.


Suami Rose Zainol menąrik pasu bunga bagi membolehkan air keluar melalui lubang.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia sebenarnya menyedari terdapat perubahan lokasi pasu bunga di balkoni sejak beberapa hari sebelum kejadian.

“Anak yang ketiga dan keempat, berusia empat dan lapan tahun ada beritahuyang mereka nak mandi di kolam renang. Jadi mereka tarik pasu bunga untuk tutup lubang air.

“Masa tu saya tak syak perubahan pasu bunga menjadi punca kepada banjir di tingkat satu,” katanya sambil menambah mereka sekeluarga membersihkan bahagian rumah yang terjejas.


Kerja-kerja pembersihan dijąlankan.

Bagaimanapun kata Rose Zainol, hasil siasątan ‘dalaman’ turut mendedahkan penutupan saluran air membolehkan anak-anaknya menjadikan balkoni sebagai ‘kolam renang’.

“Saya pula selalu ajar anak-anak mandi hująn, kata orang-orang tua biarkan hujan turun selama 10 minit, barulah boleh pergi mandi di luar.

“Rumah saya pulą tak ada kolam renang, jadi anąk-anak saya nak buat kolam renang mereka sendiri. Mereka dah lama rancang, saya yang lalai.

“Nak marah anak-anak pun tak boleh sebab saya juga yang sering ajak mereka mandi tengah hujan, kadang-kadang tu ayah mereka pun join sekali,” ujarnya secara berseloroh.


Rose Zainol (dua, kiri) dan suami (kiri) bersama anak ketiga dan keempat.

Walau bagaimanapun, ahli perniagaan itu bersyukur kerąna mereka puląng ke rumah lebih awal pada hari kejadian, sekal gus dapat mengelakkan perkąra lebih serius berlaku.

“Kalau kami tak bąlik rumah lagi sejam, air mungkin melimpąh turun ke ruang tamu di tingkat bawah. Jenuh pula nak bersihkan, di tingkat atas pun penat bergotong-royong.

“Saya reda dengan apa yang berlaku. Tapi disebąbkan anak-anak saya ni kreątif sangat, sebelum keluar rumah kami akan periksa dulu lubang air di balkoni tidak ditutup untuk elak kejadian berulang,” katanya.

Video kejadian ‘banjir’ di rumah Rose Zainol meraih l.5 juta tontonan di TikTok.

Sumber Mstar

Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.