Sejak Kecil Lagi Aku Di Buang, Kerana Aku Anak Ke 5 Dari Adik Bradik..Dan Di Serah Kpd Klurga Angkat..Namun Aku Bersyukur..

Foto sekadar hiasan.Aku ni anak angkat. Emak kandung aku serahkan aku kepada mama abah aku waktu umur aku 3 tahun. Sebab aku ni anak ke 5 waktu tu. Emak kandung aku tak mampu nak jaga aku.Mama abah selalu cakap, lama nak pujuk aku waktu awal-awal aku pindah masuk rumah ni. Agaknya waktu tu aku dah kenal orang. Jadi mama abah ni orang asing pada mata aku.

Mama abah kata aku asyik menangis. Berbulan jugak. Aku ni pun anak yang agak degil jugak.Tapi nasib aku baik, mama abah aku baik dan tabah jelah layan perangai tak semenggah mana aku ni.

Tak pernah sekali pun mama abah ungkit pasal status aku ni. Semua sama rata. Apa abang dengan adik adik aku dapat, aku pun dapat. Mama abah ada 3 orang anak kandung. Aku sorang je anak angkat.

Beberapa bulan lepas, emak kandung aku datang balik. Kononnya nak sambung semula hubungan yang dah lama terputus. Aku pun macam ” hmm kay ” jelah. Umur aku 23 tahun sekarang.

Maknanya dah 20 tahun lah aku tak jumpa dia.Aku tahu kewujudan dia pasal Mama selalu ceritakan pada aku. Tapi tah lah, tak pernah terfikir pun nak cari keluarga kandung aku.

Jadi bila dia tiba-tiba datang, aku happy tidak, sedih pun tidak. Macam tu je lah.3hari sebelum raya haritu, aku ikut emak kandung aku balik rumah dia.

Dia duduk dekat rumah pusaka tinggalan arw4h emak dia, nenek aku lah kiranya. Rupanya, lepas serahkan aku ke keluarga angkat dulu, emak kandung aku ni tetap mengandung dan mengandung lagi.

Aku ada tambah 3 orang adik lain rupanya. Hahaha.Seminggu lebih tinggal dengan keluarga emak kandung aku, banyak benda aku perhatikan.

Emak kandung aku, tinggal dengan 6 orang anak dia. 4 dah kahwin, 2 masih bersekolah. Yang masih bersekolah ni, tidur bergelimpangan diruang tamu, sebab bilik-bilik semua yang dah kahwin dah conquer.

Lepastu aku pening. Pening sebab keluarga ni agak ” loud ” lah. Bila bercerita, masing-masing akan potong cakap masing-masing, sampai tak sempat aku nak kejar biji butir isi perbualan diorang.

Abah aku paling marah bila kami ni potong cakap orang. Abah kata itu tanda kita kurang ajar. Biarkan orang habis bercakap, baru kita balas. Itu abah aku ajar dari kecik. Jadi bila aku kena hadap situasi macam ni, aku jadi blur. Hahaha.

Lagi, rumah penuh dengan manusia, maknanya tak ada privacy. Lagi, rumah akan bersepah 24/7. Aku ni, nak lari keluar, ni kawasan asing. Banyak hutan pulak tu.

Tolonglah maafkan aku,aku bukan belagak cuma aku membesar kat bandar. Hahaha. Pokok kat bandar tu tumbuh sebab ditanam bukan meliar.

Kawasan ni sangat asing dimata aku. Jadi aku pun banyaklah habiskan masa di dapur basuh pinggan. (Note : aku ni lelaki, tapi yelah, aku dah diasuh sejak kecil, kerja rumah takada kerja lelaki atau perempuan.

Mama abah aku ajar, kau tinggal kat situ, itu rumah engkau, kau bertanggungjawab untuk sama-sama jaga.)Macam biasa, puas jugak abang-abang seemak dengan aku ni ketawakan aku.

Mama abah tak perfect. Yelah, manusia kan. Tapi aku bersyukur, sebab mama abah banyak ajar aku soal harga diri, privacy, attitude dan manners. Sesuatu yang aku perhatikan, keluarga emak kandung aku kekurangan.

Kesian aku tengok adik aku tidur atas sofa buruk diruang tamu. Dia perempuan, remaja. Zaman yang mana, kau sangat perlukn privacy diri untuk lebih kenali diri kau sendiri.

Skit hati aku tengok abang aku, hisap rokok, asap menyembur depan muka anak dia yang baru 8 bulan tu. Terkejut bila dengar emak kandung aku, panggil anak dia sendiri “gem0k macam b*bi”.

Aku cuma nak cakap, kalau ada pembaca yang masih tengah berkira-kira nak serahkan anak pada keluarga angkat, just do it.

Tapi jangan lah main campak je. Emak kandung aku kata, mama dengan abah ni orang ke 13 yang dia jumpa dan interview lah kiranya, waktu nak serahkan aku dulu.

Dan untuk itu, aku sangat-sangat berterima kasih pada emak kandung aku. Yelah, kadang-kadang serahkan anak kandung kau kepada keluarga angkat adalah perkara paling berperikemanusiaan kau boleh buat. Jadi, kalau sangat terdesak, buat lah.

Ini antara respon netizen.

Norizan :Salam,Hmmm… Suka baca post anak angkat yg menghargai hidup begini…

Makcik pun ada anak angkat. Perempuan. Yg sulung. Tetapi dalam keluarga kandung, dia anak bongsu ke lapan. Hehehe… Ramai .

Keluarganya susah dulu, tetapi itu bukan penyebab dia diserahkan pada makcik.

Dalam keluarga kami, dia anak sulung dari 4 beradik. 2 lelaki 2 perempuan (termasuk dia)

Kami layan sama rata, walau kekadang dia pertikai. Malas nak layan…

Budak budak memang begitu. Usah kata anak angkat, anak sendiri pun sama merungut. Eh…

Makcik pun sama dulu… Dok fikir kut kita anak angkat, sebab mak pak tak sayang, kita huduh…

Anak makcik dah besar juga. Baru abis SPM nak sambung belajar.

Makcik geram bila ada yg tahu makcik ada anak angkat tu, tanya berapa anak makcik

Bila kata 4.

“Termasuk anak yg bela tu ker ”

Eh… Hempuk jugak kepala dia.

Semua anak makcik.

Bila dia nak masuk kolej, ada yg tanya, sanggup berhabis duit utk dia ? Nanti dia berjaya, dia pergi ke ibu bapa kandung.

Eh , Kau dah kenapa.

Makcik ambil dia untuk menumpang kasih, memberi yg terbaik untuk dia. Bukan nak menumpang harta dia.

Jika dia berjaya, jika dah berdikari, jika dia dah besar nak dok dengan keluarga kandung, jangan dilupa kami di sini.

“Bersediakah kita jika anak nak bersama keluarga kandungnya”

Yer… Bersedia… Insya Allah…Selesai tanggung jawab kami. Jika dia gembira, kami pun gembira…

Kami tak dapat lagi beri yg lebih baik dari sekarang. Yer… Keluarga kandungnya dah kaya. Rumah pun dah besar sangat. Ada yg bergelar Dato Sri Datin Sri bagai.

Itu rezeki mereka…

Confessor mungkin gembira kembali pada keluarga angkat. Anak makcik mungkin akan rasa teruja bersama keluarga kandungnya kan.

Entah…Tabah tabah sajalah…

Katifar : Bershukur kerana dpt keluarga angkat yg mendidik kau jadi manusia yg baik n bertanggungjawab. Pasal kerja rmh tu bagus betul keluarga angkat kau ajar jadi kau jadi manusia yg bertimbang rasa.

Psl keluarga betul kau tu. Kau just hormat mereka sebagai orgtua kau tapi tk pyh lebih2 sbb perjalanan hidup kau msh jauh…jgn nnt bila dah bergaji masa tu lah emak betul kau akan menuntut hak sebagai emak yg melahirkan.

dengan syarat jangan abaikan saja ibubapa angkat kamu kerana mereka yang menjaga kamu

Alya: Alhamdulillah. Dapat keluarga angkat yg baik dlm mendidik.
Bru dpt ilmu berkenaan dgn anak angkat. Siapa yg berniat nak ambil anak angkat dan nak halalkan hubungan d4rah, si isteri blh ambil apa2 suppliment atau ubat utk produce susu badan.

Jika gagal, blh jadikan anak angkat tesebut anak susuan kpd adik beradik perempuan si isteri itu td.. tp itu terhad pd keluarga sbelah si isteri mak angkat itu td shj ya.Tetapi bukan bg keluarga sbelah si suami ayah angkat itu.

Jangan Lupa Joint Group Berita Semasa

Sumber:ekotanews