Keadaan j̷alan tenang, Tetib̷a ‘Cermin pecah berderai’, penungg̷ang motosikal mer̷aung sakit rempuh belak̷ang X70

(V) Keadaan jalan tenang, Tetiba ‘Cermin pecah berderai’, penunggang motosikal meraung sakit rempuh belakang X70

TULAR satu video kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Proton X70 di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) susur keluar ke Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) pada Selasa.

Berdasarkan video berdurasi 22 saat yang dikongsikan pengguna media sosial, banyak kenderaan melalui jalan terbabit sehingga menyebabkan laluan trafik sedikit sesak.

Insiden yang berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berada di lokasi kejadian, memperlihatkan seorang penunggang motosikal menunggang laju dan terbabas sehingga melanggar bahagian belakang kereta Proton X70.

Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh dan dilihat menahan kesakitan, manakala kenderaan X70 itu dilihat remuk dan pecah cermin belakang.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa kasihan kepada pemandu tersebut kerana menjadi mangsa keadaan insiden terbabit.

“Aduh macam mana ini, tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan, harapnya pemandu dan penunggang motosikal itu baik-baik sahaja,” kata Aaron Lee.

“Cermin pecah berderai, tak tahu nak salahkan siapa? Tapi kalau tengok video macam penunggang motosikal itu bawa laju, harap tiada apa-apa yang teruk berlaku,” jelas Shamsul Mokhtar.

“Tengah tenang-tenang bawa kereta, tiba-tiba kena langgar macam ini, semoga pemandu kereta itu sabar menghadapi dugaan,” luah Noraliah Fatimah.

“Mabuk ke? Jalan tengah sesak boleh dia bawa laju-laju tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa,” ujar Megat Ahmad.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan keadaan mangsa sama ada mengalami kecederaan parah atau tidak.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini.

Sumber Majoriti

Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.