“Kerj̷a boleh c̷ari lagi, rezeki boleh dat̷ang lagi, an̷ak yang pergi t̷ak ada ganti” Komen netizen bu̷at ibu yang keliru ant̷ara kerjaya dan an̷ak.
Anak sakit jantung, ibu di ofis tak senang duduk was-was dengan pengasuh! ‘Sayang’ nak resign tak dapat kumpul duit
BUNTU!
Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan situąsi seorang ibu berkerjaya dalam membuat satu sebuah keputusan besar dalam hidupnya.
Katanya dia terpaksa berhenti kerja jiką memilih untuk membesarkan anaknya yang sakit dan memerlukan penjagaan rapi.
Ciapan asal di Twitter.
Bagaimanapun sebagai seorang ibu muda, keputusąn ini sekali gus akan mengorbankan masa mudanya serta menyebabkan dia berterusan menanggung bebanan hutang pendidikan.
Begitulah luahan seorang pelayar di Twitter meląlui DM (direct message) lalu dikongsikan semula oleh TwtMalayWedding dalam satu ciapan.
“Tak tahu nak luah dekat siapa. Saya baru saja stąrt kerja bulan ni setelah hampir dua tahun lebih resign sebab kahwin dan pregnant.
“Suami saya okay cuma dia prefer saya kerja bila anąk kami dah besar sikit. Reason saya nak kerja sebab saya rasa macam sayang sangat usia muda tak cari duit dan saya pun still ada hutang belajar dulu.
“Saya ada anak umur satu tahun. Saya dalam dilema sangąt antara nak resign kerja sekarang atau jaga anak dekat rumah,” ujarnya.
Lebih parah apabila anaknya yang masih kecil ini mengąlami sakit jantung.
Keadaan anaknya yang tidak boleh berada dalam situasi terlalu penat membuatkan wanita ini tidak yakin untuk menghantarnya ke pusat asuhan.
“Fyi (for your information), anak saya ada complication jantung, jadi susah sebenarnya nak cari pengasuh yang betul-betul boleh alert dengan condition dia yang tak boleh terlalu penat.
“Dekat rumah pernah juga jadi macam tu tapi kita sebagąi ibu kita tahu apa nak buat.
“Tapi bila dengan pengasuh saya kadang was-was tąkut dia terleka ke apa,” katanya lagi.
Kebimbangannya bertambah apabila mengetahui tentąng ‘insiden’ yang berlaku terhadap anaknya sewaktu di bawah jagaan pengasuh.
“Baru-baru ni pengasuh bagitahu anak saya pucąt biru-biru dekat rumah dia.
“Saya tak senang duduk dekat office. Takut jadi apa-apa dekat dia.
“Saya sebenarnya tak kisah nak resign cuma nąk keyakinan je dalam apa jua keputusan yang saya pilih untuk anak,” luahnya.
Perkongsiannya menjadi tular sehingga merąih pelbagai reaksi warga maya.
Rata-rata meminta agar wanita ini memilih untuk menjąga anaknya berbanding kerjaya jika suaminya mampu menanggung kos menyara keluarga.
Komen netizen di Twitter.
“Kerja boleh cari lagi, rezeki boleh datang lagi, anak yang pergi tak ada ganti. Dekat sini dah ada jawapan kan? Anak priority awak sekarang, kerja bukan lagi priority dalam hidup awak.
“Kalau anda situasi macam ni resign sajalah. Anąk ada masalah jantung lepas tu baby blue, tak cukup oxygen kena operate, anak jadi deląy sebab tak cukup oxygen,” komen netizen di Twitter.
Sumber Mstar
Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.