Ketabah̷an wanita ini menj̷aga suami yang s̷akit, malah m̷ampu membaw̷a suami n̷aik turun tangg̷a 4 tingk̷at mend̷apat perhati̷an netizen.
(V)Ketabahan wanita ini menjaga suami yang sakit, malah mampu membawa suami naik turun tangga 4 tingkat mendapat perhatian netizen.
Pengorbanan seorang wanita menjaga suaminya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal mengundang perhatian warganet di laman Facebook.
Kisah wanita yang dikenali sebagai Cikgu June itu dikongsi seorang aktivis kemanusiaan, Hamsatul Hamzah yang tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut baru-baru ini.
Menurut Cik Hamsatul, Cikgu June terpaksa menggendong suaminya Mazlan Othman turun naik di bangunan kediaman mereka setiap kali melakukan rawatan susulan di hospital.
“Memahami kepayahan yang dihadapi oleh seorang isteri yang tabah dan setia, di mana setiap kali adanya rawatan susulan di hospital, beliau akan mengendong suaminya yang sakit dari tingkat 4 kediaman mereka sehingga ke bawah.
“Tanpa jemu sentiasa berada di samping suami apabila tiap kali adanya janji temu berjumpa dengan doktor,” tulisnya.
Cik Hamsatul berkata, pihaknya dengan kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat telah meringankan beban pasangan tersebut, lapor ohmymedia.
“Kini, beban beliau dapat dikurangkan apabila Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat bersama-sama membantu beliau membawa suaminya ke hospital.
“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cikgu June sekeluarga dan Allah mengurniakan sebaik-baik kesembuhan buat suami beliau,” kata Cik Hamsatul.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi mengenai punca kesakitan dihadapi oleh suami Cikgu June yang dipercayai sudah lama terlantar sakit sehingga tidak mampu menguruskan diri.
Sementara itu, Cikgu June yang dipercayai adalah seorang guru tadika dilihat sekali sekala berkongsi keadaan suaminya menerusi muat naik video di aplikasi TikTok, lapor ohmymedia.
Meninjau reaksi netizen, rata-rata mereka meluahkan rasa simpati dan mendoakan wanita tersebut terus cekal serta tabah menjaga suaminya selain pengorbanan dibalas Allah SWT.
Sumber Sin Chew
Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.