“Kkak Mmang Tk Pndai Bersihkn Rumah, Kmi Dh Mcm Hamba Abdi..Dia Mlepet Tngok Tv Dngan Mak & Ayh..” Btul2 Pilih BuIu..

Gambar sekadar hiasan. Luahan sebelum ini. Salam admin, Tolong siarkan yaa. Cerita saya begini. Umur saya 28 tahun. saya baru berkahwin 2 tahun. Anak seorang. Rumah kami besar ada 8 bilik semuanya.. Total ada 4 keluarga yang tinggal iaitu kakak saya dan suami dia serta anak dia 2 orang, saya dan suami serta anak kami, adik saya dan suami dia dan anak mereka seorang dan juga mama abah saya. Bukan kami semua tak nak tinggal asing tetapi mama abah tak benarkan. Anak perempuan semua disuruh tinggal sekali..

Cerita nya begini. Saya dan adik saya serta suami kami masing2 kerja biasa je. Tak macam kakak dan abang ipar kami.. Gaji besar. Setiap hujung bulan memang dia yang bagi duit banyak kat mama abah.. Dia yang beli stok makan untuk kami sekeluarga besar ni.. Kalau habis stok nya, dia jugak yang topup balik..

Kebaikan dia memang bab duit tak pernah berkira. Suami dia pun baik. Kalau mereka beli Kfc ke Mcd, memang dibeli nya sekali banyak2 untuk kami semua sekali. Bak kata bab duit memang langsung tak berkira. Apaatah lagi kalau pergi holiday, semua sekali dia angkut kami semua.. Semua dia tanggung.

Masalah nya sekarang yang saya geram sangat perangai pemalas dia yang tak pernah langsung nak tolong buat kerja rumah. Suami dia rajin lah jugak. Tapi kakak saya ni tak.. Dia cuma kemas rumah kalau anak dia sepah kan rumah..

Tapi anak dia jenis baik bukan nakal memang tak pernah sepahkan rumah. So memang tak pernah nampak lah pegang penyapu. Pinggan mangkuk dia dan suami dia makan, dan anak2 dia makan memang dia cuci sendiri. Dia tak suruh kami buat.. Maksud saya pemalas tu macam kerja kerja lain..

Dia tu anak sulung yang sangat dimanjakan mama abah saya. Anak2 dia pun mama abah saya sayang lebih dari cucu lain.. Saya dengan adik saya yang kerja biasa biasa ni balik kerja bertungkus lumus lah kat dapur masak, kemas rumah bagai. Dia kat ruang tamu melepet tengok tv.. Time nak makan baru datang tunjuk muka..

Bila saya mengadu dekat mama abah, mereka boleh kata biarlah. Kakak dan abang ipar dah banyak bantu keluarga ni.. Kira macam tiap hari ada makanan mewah atas meja makan ni semua sebab mereka. Adil ke kami yang kena buat semua kerja just because dia yang tanggung semua belanja rumah. Dah dia mampu kan kewajipan dia lah tanggung belanja rumah kami semua.

Itu tak termasuk lagi kalau dia pregnant. Lagi lah dimanjakan. Mungkin rezeki kakak saya ni dia paling cantik, putih melepak dalam keluarga kami. Suami pun muka boleh tahan itu dapat anak2 comel.. Anak2 kami ni muka typical malay je.. Muka biasa biasa sebab tu atuk nenek tak pandang…

Masa dia pregnant dia cakap je teringin apa, dia bagi duit bertungkus lumus la mama abah saya cari barang terus masak kat dia..kalau kami ni pregnant tidak nya dilayan macam tu.. Memang lumrah ke anak berduit dijulang tinggi..

Saya dengan adik saya memang nak pindah duduk sendiri, tapi nanti kami rindu pulak lifestyle mewah kat sini. Nanti duit rumah kena fikir, lauk tiap bulan kena fikir.. Kalau duduk sekali macam ni semua kakak saya tanggung..

Tapi kami makan hati tengok dia selalu dilebihkan. Tak pernah buat kerja goyang kaki.. Adik saya kata dia tak pernah makan hati. Dia kata dia happy je sebab kak long dah buat semua untuk family ni.. Setakat tak menolong tak apa.. Tapi saya tahu dalam hati dia mesti terasa jugak.. Tak payahlah tipu.

Siapa tak nak life complete macam kakak saya.. Tapi tulahhh kalau dia tu ringan tulang, tolong kami ni sekali mesti kami ok tak terasa.. Berubah lah rumah ni duduk sama sama. Kemaslah sama sama. Masak lah sama sama.. Stresss saya tau tak… Laki dia lagi selalu beli dia macam macam.Laki saya hmmm krik krik krik. Lama lama saya mti makan hati.

Sambungan, luahan terbaru. Salam admin. Tq siarkan kisah aku yang kakak and abg ipar tanggung semua belanja tiap bulan tu. Yang kata aku adik tak tahu bersyukur, kata aku biawak hidup semua aku baca.

Aku nak cakap sikit ni. Korang tak duduk tempat aku korang boleh cakap macam2. Kakak aku dari sebelum dia kerja besar, dari kecik memang mama abah lebihkan dia. Mama abah tatang sayang tak pernah suruh buat kerja. Kami adik adik yang buat kerja..

Lagi satu yang kata saya pendndam, hasad dngki, iri hati dan cemburu dengan kakak sendiri tu. Silakan duduk di tempat saya. Baru anda tahu. Kalau balik dari shopping barang dapur yang dia dan suami dia borong tu dah macam nak buat kenduri.

Sebab dia beli stok sebulan.Tiap kali dekat 3 jam, saya dengan adik menyusun barang yang macam satu lori tu. Siang segala ikan, ayam, sotong, udang. Dia duduk kat depan melepet dengan mama abah. Kami macam hamba abdi. Fikirlah sama perasaan saya yang kata saya macam macam. Saya pun tahu penat. Tahu nak relek2. Sumbang kan duit tak sama dengan sumbang kan tenaga yaa.

Yang kata saya cemburu sebab kakak saya cantik. Ala kalau tuhan nak tarik nikmat tu sekejap je. Artis yang lagi lawa2 pun kena crai jugak. Laki cari lain jugak. Kakak saya lawa sebab putih je. Cuba kalau dia hitam. Ada ke laki dia nak.Tak ada punya.Saya bukan dengki saya bagitahu fakta. Kecantikan bukan nya kekal.

Cakap dengan netizen ni memang semua salah. Seolah olah kira macam orang dah sumbang duit,sumbat perut kita,kita kena sabar tahan jelah perangai teruk dia.. Saya bukan mintak duit dia. Saya cuma mintak dia sama-sama kemas rumah, memasak dengan adik adik dia.

Tu je. Salahke? Yang doa saya kena halau tu, jangan mimpilah. Kakak saya takkan halau saya.Saya bukan tak kenal dia. Sebab saya post macam tulah saya nampak dia dah mula tolong sikit2. Mesti dia baca. Memang kena sound setepek baru nak tolong..Tapi tengok je lah sampai bila harap sampai bila2 lah.

Warganet turut terkesan dengan kisah ini, ramai yang bagi pendapat untuk atasi masalh ini. Antara komen mereka.

Chubbyz Marumandyz, Nsb baik la adik2 sy x mcm tt ni…sbb sy ade sedikit ciri2 mcm kakak si tt ni…sy bekerja dan tanggung family…tp jrg buat kerja rumah..masuk dapur pun jarang2..so far x de lah adik2 sy pertikaikan sy x tlg diorg buat kerja rumah…yg pntg…kalo diaorg mnta ape2…shabis blh sy cuba tunaikan…give and take kena ade dik

Emy Daniel, Saya harap kakak tt ni baca…. tolong berhenti sponsor segala macam Benda dlm rumah tu bagi mak ayah duit Dan belanja mana yg perlu mak ayah je…. jgan beli Apa2 Lagi untuk yg lain kecuali Ada Raya ke kenduri okla… biar tt ni n adik dia keluar modal semua Lagi Satu hrap kakak tt ni dduk la asing.

Eyla fitriema, Sis kalau saya ada kakak mcm kakak awak..boleh sedia kan semua mkn minum termasuk brg anak alhamdulillah…saya x kan bekira dah soal kemas rumah… Ada baik nya kali sis keluar je lah dari rumah famili sis tu..baru sis reti rasa bersyukur…baru jugak la sis tau berapa banyak duit kena sedia kan utk keperluan diri dan rumah….

Nieza Khal, Sabar je la adik.. Ikhlaskan hati buat semua kerja tu.. Rasa ok la dia tanggung semua belanja dlm rumah.. Tu maknanya dia x lokek.. Tgk kebaikan diri dia bukan keburukan dia.. Rezeki dia dpt suami baik, biarlah..x pyh rasa saakit hati ke apa.. Rasanya kalau kakak tu nk senang baik dia pilih duduk luar dan ambil org gaji, x pyh tanggung korang adik beradik.. Cer fikir..

Mila Yusila, munkin tt ni x pernah gi belanja segala keperluan keluarga..sbb tu x tau jumlah yg perlu sis dia tanggung utk 4 kluarga…w’pun x rajin berkemas sekurang2nya masih pandai masak…kalau setakat siang ikan dan susun barang dgn x pernah kluar modal apalah sangat kan…

Kena ingat dia tu belanja dari A-Z utk 4 kluarga…cuba sesekali mintak resit belanja berbaloi x kamu nk komplain lagi dia x tolong kemas.. sepatutnye fikir sendiri..ni namanya berbagi kerje…ada bahagian tugas masing2..sebelum nak mengadu tu cuba cermin diri.

Nisa Liesa, Aduh.. Sis.. Mntk kene kecam ker.. Dasar xkenang budi.. Haiiahhh.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kakak sis tu.. Sbb tu ah kwot.. Kakak sis tu murah rezeki.. Boleh beli Mcm2.. .. Rezeki bantu adik2 dia mcm sis ni lah.. Haiishh… Rsa nak ceramah ke kat depan muka sis ni.

Naza Rahman, Modal duit lg saakit dik oiii dr modal tenaga. Apaatah lg nk tanggung 4kluarga yg 8dewasa..xde ribu2 mmg xsah la.. Ko pulak, dah kakak tlg sediakan makanan, percutian, xde pulak membantah. Xde pulak menolak. Igt kakak n abg ipar dpt duit dari langit ke utk tanggung makan minum semua tu.. Sembang serba xkena.. Lain kali, ckp kat kakak ‘kongsi2 la belanja dapo, duit rumah’ jgn harapkan semua atads kakak n abg ipar

Siti hajar, tak masalah nya klu awk rs geram kak tt xmenolong, duduk lah asing2..sah2 apa yg awk buat dlm rumah sendiri adalah ayam udang sotong pinggan mangkuk basuh baju awk ank2 dan suami sahaja…ni dh dok ramai2 ada la bhgn msg2 so kita buat bhgn msg2 la.dh semua kak awk beli so bhgn kemas2 org lain plak…adehhh klu xnak rs trbeban hidup sendiri ngan family sendiri..xyah campur ngan family lainn…settleeeeeee

Saihah Peter, Assalamualaikum dik . Nk bgtau ni. Akak bru je selesai buat ‘Frambozen Kenari- blueberry filling’ duduk² sambil mkn kan. Sedap wp pertama kali buat. Akak bc da kisah ko di dr part satu. Senang cerita, ko pindahla dik. Semua salah. Dr segi penulisan ko ni dik, samada ko kurang kasih syg dr laki ko atau pun ko mmg mempunyai penykit iaitu penykit hati.

Nampak la ko ni jeles dgn kakak ko, xpayah la suruh kami duduk tmpt ko, xnk ade saakit mcm ko ni. Kakak ko x hangin pon komplen kat sini pasal die yg sediakan semua ?? Hmm. Jeles lew tu. Ikot laki die la nk manja bini die mcm mana, masih jugak setiap bulan die yg kluarkan belanja. Dik, bersihkan hati laa sekali semasa ko bersihkan ikan² dan ayam² ke. Nyampah plak. Semoga berbahagia.

Umi Zara, ishhlaaa…kalau aku jadi kak hg tu baik aku blah beli rumah dduk sendiri..xreti kemas xpa duit banyak boleh ambik 2/3 maid kemas umah..masak..semua ada bahagian masing²…pastu bawak mak ayah aku ja dok skali..adik² dah berlaki p laa caqi umah sndri tanggung sendiri belanja rmh sndri kan..

Tak payah nak s4kit mata tengok laki manjakan aku kaa..aku xkemas apa kan..duit yg xpayah beli brg dapuq syok sbln utk 4family tu boleh simpan..p mekah tiap² tahun..xpon bagi ja kat rumah anak² yatim dapat pahala

Ena Mardihah, Bersyukurlah dik dpt makan free, segala free. Akak abg ipar tu keje. Ingat keje goyang kaki dpt duit jatuh langit ke? Xguna tenaga akal fikiran ke? Ingat akak awak xstress ke nak kena tanggung semua bnda. Fikirlah dik.. Syukur dari ko pindah umah nk kena pikir sewa, duit lauk pauk. Org dh berbudi, kita berbahasa. Org dh bg duit, ko snyap jelah wat Keje umah tu.

Sumber:EkotaNews

PERHATIAN
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini