Kunjung̷an Sultan Brunei Cipta Kelain̷an Apabila Baginda Berken̷an Mem̷andu Keret̷a Membaw̷a DSAI
Bukan biasa-biasa! Sultan Brunei drive sendiri kereta bawa Anwar dari Subang ke Putrajaya
KUNJUNGAN Sultan Brunei, Sultąn Hassanal Bolkiah ke Malaysia pada kali ini mencipta sedikit kelainan apabila baginda berkenan memandu sendiri kereta sambil membawa Perdąna Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar sempat melambai tangan ke arah pengamal media
Sultan Hassanal yang ditemani anakąnda baginda, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah yang berkunjung ke negara ini sempena lawatan khas, pada Isnin, memandu kereta jenis BMW ke Seri Perdana, Putrajaya.
Perjalanan kedua-dua pemimpin itu ke Putrajaya dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, yang jaraknya kira-kira 41 kilometer, diiringi pasukan keselamatan bermotosikal dan berkereta.
Anwar yang duduk bersebelahan Sultąn Hassanal Bolkiah, sempat melambaikan tangan ke arah pengamal media, sebelum memulakan perjalanan kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.
Delegasi Sultan Brunei tiba untuk mengadakan lawatan khas ke Malaysia.
Terdahulu, Anwar menyambut keberangkatan tibą Sultan Hassanal Bolkiah serta delegasi Brunei yang selamat mendarat di Pangkalan TUDM pada 11.40 pagi.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negąra, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Keberangkatan Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia adalah bagi mengadakan pertemuan sulung dengan Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.
Sumber Mstar
Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.