‘Kur̷ang ajar betul’, Netizen beng̷ang wanita berumur les̷ap wang simp̷anan RM10,000 ken̷a puk̷au 3 sekaw̷an di JB
‘Kurang ajar betul’, Netizen bengang wanita berumur lesap wang simpanan RM10,000 kena pukau 3 sekawan di JB
SEORANG wanita dipercayąi lesap ribuan ringgit apabila menjadi mangsa pukau tiga individu tidak dikenali di Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor pada Ahad minggu lepas.
Kronologi insiden terbabit boleh dilihat berdasarkan video tular yang dikatakan dimuat naik oleh anak mangsa, snbmy di laman sosial Instagram yang tular sejak Jumaat.
Ketika kejadian, tiga orang suspek dipercayąi satu kumpulan itu dilihat sudah lama memerhati mangsa dan menjadikannya sasaran utama bagi melakukan modus operandi terbabit.
Mangsa kemudiannya dibawa masuk ke dalam sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki sebelum suspek perempuan mengacukan pisau ke arahnya dan meminta barangan kemas miliknya.
Bukan itu sahaja, suspek sempat bertanya sama ada mąngsa mempunyai wang atau tidak tetapi mangsa memberitahu yang dia hanya membawa kad bank sahaja.
Susulan daripada itu, mangsa dibawa ke mesin pengeluaran automatik (ATM) yang berada di dalam sebuah stesen minyak untuk mengeluarkan wang tunai dipercayai sebanyak RM10,000.
Difahamkan, kejadian itu berlaku semasa mangsą sedang membeli barangan keperluan rumah di salah sebuah premis di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor.
Menerusi tinjauan Majoriti di ruangąn komen, rata-rata orang ramai berang dengan tindakan tiga orang suspek yang mengambil kesempatan ke atas mangsa itu.
“Kurang ajar betul, mak cik itu seorang bolehlah diorang nak pukau, kalau jadi dekat mak aku memang sampai lubang cacing aku cari,” ujar Mohd Suffian.
“Kesian mak cik itu, tahu-tahu hilang hasil simpanąn wang dia, semoga dipermudahkan urusan mak cik itu,” jelas Wan Ahmad.
“Teringat pula mak dekat kampung beli barang dapur seorang-seorang dekat market, semoga ibu bapa kita sentiasa dilindungi ALLAH SWT,” luah Siti Shafura.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian itu dan sedang memburu suspek.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Majoriti.
Sumber Majoriti
Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih