Lepas Buang Dua Ketumbuhan, Doktor Terkejut Jumpa Bayi Tersorok Dalam Perut Wanita

Di Melaka, seorang wanita berusia 45 tahun, tidak menyangka disebalik ketumbuhan yang dialami di bahagian perut rupa-rupanya ada ‘tersorok’ bayi yang selama ini dikandungnya.

Menerusi laporan Harian Metro, wanita yang dikenali Sanisah Abu Bakar, sama sekali tidak menyangka bahawa dirinya sedang mengandungkan seorang bayi perempuan, yang diberi nama Nur Iman Amani Widodo.

Pada awalnya, suami kepada Sanisah, iaitu Widodo Sinasim, 47, berkata mereka telah membuat ujian imbasan tetapi tidak dapat pun mengesan kelibat bayi, sebaliknya hanya kelihatan dua ketumbuhan.

Namun, pada 19 Jun lalu, Sanisah mengadu sakit perut yang luar biasa, membuatkan dia dikejarkan ke hospital dengan segera. Doktor berjaya mengeluarkan, ketumbuhan seberat 500 dan 800 gram.

Tetapi, apa yang lebih mengejutkan apabila doktor menemukan seorang bayi di dalam perut wanita tersebut, dan mujurlah bayi berjaya dikeluarkan dengan selamat.

“DOKTOR MELAKUKAN PEMBEDAHAN DAN MENGELUARKAN KETUMBUHAN SEBERAT 500 DAN 800 GRAM, TETAPI DOKTOR TERKEJUT APABILA MENDAPATI ADA BAYI DALAM PERUTNYA LALU MENYELAMATKAN ANAK ITU DARIPADA PERKARA TIDAK DIINGINI…”

Bagi Widodo dan Sanisah, kehadiran anak bongsunya itu dianggap sebagai satu kurniaan dan keajaiban Tuhan, kerana tiada siapa menjangkakan kehadirannya.

Sumber : Harian Metro

Baca lagi cerita dibawah

Tiga golongan manusia yang dicintai Allah | Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:

Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.

Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.

Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.

Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:

Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur

Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil

Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.

Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :

” Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu” :

Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu

Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu

Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu

Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa

Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut

Lupakan budi baikmu terhadap orang lain

Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu

Jangan Lupa Joint Group Berita Semasa