Maghribi Kongsi Tips Kej̷ayaan! Pem̷ain Minta Restu D̷an Doa Ibu Sebelum Perl̷awanan

Maghribi Kongsi Tips Kejayaan! Pemain Minta Restu Dan Doa Ibu Sebelum Perlawanan

MAGHRIBI walaupun tidak besar pada nama, tetapi perjalanan mereka dalam edisi Piala Dunia 2022 adalah sesuatu yang menginspirasikan.

Mereka mengungguli Kumpulan F di tangga pertama walaupun harus bersaing dengan negara elit dunia bola sepak seperti Belgium dan Croatia.


Pemain Maghribi sering mengutamakan ibu sebelum apa-apa yang lain.

Maghribi berjaya mengumpul tujuh mata di peringkat kumpulan dengan dua kemenangan dan satu seri tanpa mencatat sebarang kekalahan.

Seterusnya di pusingan 16, Maghribi menundukkan gergasi bola sepak yang digeruni ramai, Sepanyol melalui penentuan penalti.

Di pusingan suku akhir, mereka sekali lagi membuktikan yang mereka bukannya bernasib baik dengan menyingkirkan Portugal.

Oleh itu, persoalannya di sini, apakah ‘ramuan’ yang diiikhtiarkan Maghribi sehingga boleh memperoleh kejayaan gilang-gemilang seperti ini?

Satu hantaran di Facebook oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mungkin mempunyai jawapannya, doa dari seorang ibu.

“Jikalau pasukan lain menang kebiasaannya mereka akan raikan bersama penyokong atau WAGs (pasangan perempuan) mereka.


Pemain Maghribi meraikan kemenangan dengan ibu tercinta.

“Namun jikalau sahabat perasaan, beberapa pemain serta jurulatih mereka akan meraikan bersama ibu mereka! Allahuakbar.

“Mereka tidak sesekali merasa malu untuk memeluk dan mencium ibu mereka sebagai tanda terima kasih di atas doa serta sokongan mereka.

“Nabi mengajar kita bahawa keutamaan seorang ibu adalah 3 kali lebih utama berbanding seorang ayah,” katanya.


Jurulatih Maghribi bersama ibunya.

Laporan berita luar negara juga memetik bahawa jurulatih Maghribi sendiri meminta pemain membawa ibu masing-masing ke stadium.

Ini kerana kehadiran ibu akan memberikan ‘aura’ yang mendorong pemain bermain dengan sehabis baik.


Terdahulu pemain Maghribi membuat sujud syukur selepas tamat perlawanan. Portugal yang dibarisi pemain berprestij seperti Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes dan Bernardo Silva tidak menjadi penghalang untuk Maghribi mara ke pusingan separuh akhir Piala Dunia 2022.

Detik bersejarah itu bertambah manis apabila Maghribi merupakan pasukan Afrika pertama yang berjaya menempah slot ke pusingan separuh akhir Piala Dunia.

Walaupun keajaiban berjaya dibuktikan oleh Maghribi, sambutan pemain dan penyokongnya yang bersederhana membuatkan ramai kagum.

Sejurus wisel penamat ditiup, pemain Maghribi pergi ke kumpulan penyokong mereka untuk bersama-sama meraikan kejayaan penuh bermakna itu.

Seperti kata pepata ‘ikut resmi padi, semakin berisis semakin tunduk’.

Bukannya sambutan dengan minuman keras, bunga api atau nyalaan suar tetapi mereka bersujud di atas padang untuk berterima kasih kepada yang di langit di atas kurniaan kejayaan tersebut.

Seterusnya melalui satu video tular di TikTok, dapat dilihat sekumpulan penyokong Maghribi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang mengalunkan nasyid dan nyanyian Tala‘ al-Badru ‘Alaynā sebagai tanda kesyukuran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tersentuh hati dengan sambutan penyokong pasukan Maghribi yang disulami unsur keagamaan.

“Tahniah, begini la sambut kemenangan.

“Mudah-mudahan Maghribi menang Piala Dunia.

“Semoga Maghribi jumpa dengan Argentina di pentas akhir Piala Dunia,” kata sebilangan warga maya.

Maghribi akan menentang Perancis di peringkat separuh akhir, Khamis depan.

Sumber Mstar

Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.