IniIah tanda jika anda sedang berdepan dengan ahli sihir, Hati-hati kaIau jumpa ya

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda:

“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membu nuh orang tanpa hak, makan ri ba, makan harta anak yatim, lari dari me dan pe rang dan menuduh perempuan baik melakukan mak siat terkutuk (zii na).”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apakah Tanda untuk Mengenal Ahli Sihir?

Dia akan tanya apa nama anda dan nama ibu kamu. Dia tidak bertanyakan nama ayah kamu.

Dia akan minta kesan-kesan daripada orang sa kit seperti kain yang tidak dibasuh atau sapu tangan. Jadi jangan sesekali bagi sapu tangan yang telah anda gunakan kepada orang. Sebagai langkah berjaga-jaga. Bagi tisu je senang.

Dia akan minta haiwan tertentu untuk dikor bankan atau disem belih bukan kerana Allah.

Dia akan tulis tulisan yang tidak difahami orang lain kecuali dia.

Dia membaca jampi yang tidak difahami orang.

Dia akan beri kepada orang sa kit itu hijab (saya kurang pasti akan point ini).

Bomoh itu akan memberi arahan kepada orang sa kit itu supaya asingkan diri dalam bilik yang tidak dimasuki matahari. Bilik gelap

Bomoh itu juga itu akan meminta orang itu jangan menyentuh air selama 40 hari yang bermaksud orang tersebut tidak boleh mengambil wuduk. Dan jika tidak berwuduk sudah tentu dia tidak boleh bersolat.

Dia akan memberi sesuatu untuk ditanam di sesuatu tempat.

Dia memberi kertas untuk balik dibakar dan disedut asapnya.

Dia akan bercakap dalam bahasa yang tidak difahami. Bermakna dia sedang berhubung dengan jin atau syaitan.

Dia boleh tahu masalah atau sa kit yang sedang kita hadapi sebelum kita berkata apa-apa. Bermakna jin atau syaitan telah memberitahu kepadanya terlebih dahulu.

Dia tulis huruf yang tidak bersambung. Kemudian diletakkan air di atasnya untuk diminum.

Jika anda tersedar akan perkara-perkara ini, jauhkanlah diri anda daripada mereka ini sejauh mungkin. Kerana mereka ini orang-orang yang syirik kepada Allah. Tidak ada manfaat yang ada akan dapat daripada mereka melainkan kebinasaan.

Antara Jenis-jenis Sihir.

Al-Kahim: Orang yang mendakwa boleh meramal masa depan. Contohnya seperti tukang tilik.

A’raf: Orang yang boleh tahu masa sekarang. Sebagai contoh, bomoh boleh mengetahui masalah tentang orang yang datang kepada mereka sebelum mereka menceritakan apa-apa pun.

Sahir: Para penyihir, bomoh atau pawang dan lain-lain.

Semuanya boleh menyebabkan kafir kerana masa depan dan takdir adalah suatu yang ghaib dan hanya diketahui oleh Allah S.W.T. Yang bermaksud, apa yang mereka katakan akan masa hadapan yang akan berlaku itu hanyalah tekaan dan rekaan semata-mata.

Apakah Amalan membenteng diri daripada Ahli Sihir ini?

Makan tujuh biji tamar ajuah (tamar nabi) setiap pagi. Hanya boleh didapati di Madinah.

Sentiasa berwuduk.

Menjaga solat berjemaah di Masjid.

Menjaga atau melakukan qiamullail.

Membaca doa masuk tandas semasa ke tandas.

Membaca istiazah ketika solat selepas membaca doa iftitah.

Membaca doa kepada isteri semasa bertemu malam pertama.

Memulakan hidup suami isteri dengan solat.

Membaca doa agar diselamatkan kita daripada syaitan sebelum berji mak.

Mengambil wuduk sebelum tidur dan membaca ayat kursi.

Membaca 10 ayat pada surah al-Baqarah selepas maghrib iaitu 5 ayat pertama, ayatul kursi dan dua ayat selepasnya serta tiga ayat terakhir surah al-Baqarah.

Membaca 100 kali selepas subuh bacaan di bawah:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير

Membaca doa sebelum dan selepas masuk masjid.

Membaca bacaan di bawah sebanyak 3 kali pagi dan petang:

بِسْمِ اللهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فِى الاَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّميْعُ العَلِيْمِ

Membaca bacaan di bawah sebelum keluar rumah.

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Dan macam-macam lagi amalan. Tapi saya rasa cukuplah sekadar 15 amalan ini. Nasihat saya amalkan amalan di atas mengikut kemampuan anda. Bagi yang sudah berkahwin, saya syorkan anda amalkan amalan no 2 hingga no 15 bersama-sama pasangan anda.

Bagi yang belum berkahwin pula, amalkan 2 hingga 6 dan 10 hingga 15. Insya Allah, semoga anda semua selamat daripada di sihir oleh para pendeng ki.

Kesimpulannya.

Benteng diri kita setiap hari kerana kita tidak tahu siapa yang deng ki kepada kita. Hanya dengan kekuasaan Allah, insya Allah kita akan dilindungi. Akhir kalam, jangan sesekali anda semua dan diri saya pernah terfikir untuk mendekatkan diri kepada amalan syirik ini kerana tidak ada manfaaat langsung kepada penyihir, yang meminta menyihir dan orang yang disihir.

Kesemuanya akan binasa dan di a zab kecuali yang disihir. Amaran keras kepada anda semua dengan tulus ikhlas daripada saya. Selamat beramal. Wallahu A’lam.

Sumber:Myinfomaya

Jangan Lupa Joint Group Berita Semasa