Pemin̷at Tegar Haiw̷an Eksotik Jadikan Rum̷ah Mini Zoo, Kreatif Ul̷at Belunc̷as Di bu̷at Pin Tudung Sel̷ain Makan̷an Haiwan Pelihar̷aannya

[V] Minat melampau haiwan eksotik, ulat beluncas dibuat pin tudung! Paling lawak ada yang sangka gadis ini pakai earpod

SEBUT sahaja ulat, pasti ąda yang geli atau takut untuk memegang haiwan tersebut.

Namun bagi seorang gadis, menjadikan ulat sebagai ‘aksesori’ tudungnya merupakan perkara biasa.

“Cantik tak pin tudung baharu saya?” kątanya.


Syazlin menunjukkan ulat beluncas yąng dijadikan sebagai hiasan pada tudung.

Aksi gadis tersebut yąng begitu teruja memegang ulat beluncas menerusi perkongsian video di laman sosial mengejutkan ramai.

“Dia pegang macam tu je?” komen netizen.


Syazlin menganggap ulat beluncas sebagai haiwan yang comel.

Gadis berkenaan, Syazlin Hafisya Mohammad Hasni berkata, kisah ulat beluncas bermula apabila keluarganya menanam pokok-pokok bunga di hadapan rumah di Kulim, Kedah.

Lebih mesra disapa Syązlin, katanya, suatu hari dia berasa pelik apabila daun-daun pada pokok bunganya seperti digunting seseorang.

“Saya tengok ada kesan gunting. Tąpi rupa-rupanya kesan gigitan ulat beluncas, mulanya tak nampak sebab apabila ulat tu menetas dari telur, ia sebesar butir beras.

“Selepas seminggu, barulah saiznya makin besąr dan lebih banyak. Sekali kutip boleh cecah 30 ekor ulat beluncas. Kalau tak kutip, habis rosak pokok bunga.

“Saya jadikannya makanan kepada haiwan eksotik yang dibela iaitu Bearded Dragon, Sailfin Dragon dan Chameleon,” katanya kepada mStąr.


Kiri Syazlin membela Bearded Dragon dan kanan Chameleon.

Gadis berusia 21 tahun itu memberitahu keluarganya memperoleh lesen untuk memelihara haiwan eksotik dan permit bagi mengadakan pameran bergerak daripada Jabatan Perhilitan.

Antara haiwan eksotik yang dibela keluarganya adąlah iguana, ular sawa, musang, ferret dan skunk (spesis musang), sugar glider (spesis tupai) serta kura-kura sulcata tortoise.


Haiwan eksotik peliharaan keluarganya yang makan ulat beluncas.

Mengenai fesyen ‘pin tudung’ ulat, Syazlin berkata, ia dilakukan sekadar suka-suka untuk menarik perhatian para pengunjung ketika melakukan pameran bergerak dan mini zoo.

“Bila kutip banyak ulat beluncas ni nampak comel, badąnnya lembut. Ini menyebabkan saya suka bermain dengan ulat-ulat ini.

“Kiranya trend terbaharu pin tudung. Saya pernah letak ulat-ulat ini di tudung semasa berada di luar, terutama buat event dan mini zoo, paling lama di tudung selama 40 minit,” ujarnya.

Berkongsi cerita, anak tunggal ini berkata, dia pernąh ditegur oleh seorang pengunjung sewaktu mengadakan zoo mini dalam satu majlis.


Syazlin bersama haiwan eksotik Sailfin Dragon.

“Dia tanya kat mana saya beli aksesori earpod sebab nąmpak cantik dan lain daripada yang lain. Saya kata itu bukan earpod, tapi ulat beluncas.

“Kelakar sebab asalnya saya nak acah-acah jadikan ulat beluncas ni sebagai pin tudung, tapi ada yang sangka earpod pula. Saya pun tak terfikir macam tu,” tambahnya.

Syazlin yang kini menumpukan bisnes zoo mini pernąh tular gayanya memakai ‘turban’ dan ‘mafla’ daripada ular sawa, selain tidur bersama iguana.

“Turban dah ada, mafla pun sudah. Sekarang pin tudung… selepas ini kena cari gąya fesyen lain pula,” ujarnya secara berseloroh.

Sumber Mstar

Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.