Jemaah Meninggal Dunia Dalam Pesawat, Hasrat Untuk Tunai Haji Tidak Kesampaian

Seorang jemaah haji meninggal dunia ketika mahu berangkat ke Tanah Suci. foto Istimewa
SEORANG jemaah haji Indonesia yang mengikuti rombongan pertama ke Tanah Suci meninggal dunia di dalam pesawat.

Jemaah berusia 50 tahun yang berasal dari Balangan, Kalimantan, meninggal dunia kira-kira satu jam sebelum transit di Medan, Sumatera Utara.

Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama Kalimantan Selatan, Muhammad Thambrin berkata, jenazah segera diturunkan di Medan sementara menunggu dihantar pulang ke Banjarmasin.

Setibanya di Banjarmasin, jenazah akan segera dibawa ke kampung halamannya di Balangan untuk dikebumikan.

Sementara itu, Ketua Seksyen Haji dan Umrah Kementerian Agama Balangan, Fahmi Wahid berkata, Samsinah mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Malahan, arwah menggunakan kerusi roda untuk menaiki penerbangan bersama rombongan jemaah haji.

Gabenor Kalimantan Selatan mengucapkan takziah di atas pemergian jemaah berkenaan.

“Bagi pihak saya, pemerintah wilayah Kalimantan Selatan dan masyarakat, saya mengucapkan takziah atas pemergian jemaah haji dari Balangan.

“Semoga Allahyarham Samsinah diampuni dosa-dosanya dan diterima amal ibadahnya di sisi Allah,” kata Sahbirin Noor menerusi pesanan teks kepada media. – Kompas

Sumber:Mstar

Baca lagi cerita dibawah

Tiga golongan manusia yang dicintai Allah | Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:

Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.

Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.

Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.

Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:

Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur

Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil

Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.

Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :

” Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu” :

Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu

Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu

Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu

Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa

Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut

Lupakan budi baikmu terhadap orang lain

Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu

Jangan Lupa Joint Group Berita Semasa