Sebab jual gula 5 sen lagi mahal, rm5,000 terapung

PARIT – Seorang peniaga kedai runcit dikompaun RM5,000 kerana menjual gula melebihi harga kawalan yang ditetapkan di Seri Iskandar, di sini hari ini.

Perbuatan itu terbongkar selepas menerima aduan awam mengenai premis menjual gula pasir kasar dengan harga RM2.90 sekilogram (kg) semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Cawangan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Manjung, Wan Muhammad Badro Wan Mahmood berkata, harga maksimum yang ditetapkan kerajaan bagi jualan runcit gula pasir kasar adalah RM2.85 manakala, gula pasir halus adalah RM2.95.

“Sepasukan lima pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan dan membuat uji beli. Hasilnya, transaksi di kaunter bayaran mengesahkan harga jualan gula tersebut adalah RM2.90.

“Siasatan awal mendapati peniaga tersebut mempunyai lesen sah dengan sengaja telah menaikkan harga jualan gula sejak sebulan lalu walaupun tiada kenaikan harga dari pembekal,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, peniaga terbabit telah melanggar Perintah 3 Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Bagaimanapun, peniaga tersebut gagal membayar kompaun tersebut dan sitaan dilakukan melibatkan 292kg gula dengan jumlah keseluruhan RM832.

“Kes tersebut disiasat di bawah akta sama dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000,” katanya. – Sinar Harian

Baca lagi cerita dibawah

Tiga golongan manusia yang dicintai Allah | Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:

Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.

Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.

Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.

Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:

Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur

Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil

Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.

Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :

” Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu” :

Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu

Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu

Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu

Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa

Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut

Lupakan budi baikmu terhadap orang lain

Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu

Jangan Lupa Joint Group Berita Semasa