Seram..Kerusi Roda Bergerak Sendiri Mundar-mandir Di Hospital, Bekas Pemilik Sudah Lama Meninggal
Selalu kita dengar mengenai kisah-kisah seram yang berlaku di sesuatu tempat dan antara tempat yang agak popular dengan kisah-kisah sebegini ialah di hospital.
Baru-baru ini, tular satu video di sebuah hospital di negara jiran kita, iaitu di Thailand hingga membuatkan netizen merasa seram dan meremang bulu roma!
MENYERAMKAN! Satu video dari kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hospital di Thailand mengejutkan netizen apabila ia merakamkan sebuah kerusi roda yang bergerak sendiri tanpa dikendalikan oleh sesiapa.
Menerusi rakaman video berdurasi 44 saat itu, kelihatan kerusi roda berkenaan bergerak daripada tempat asal ia diletakkan di sebelah tiang, dan ‘mundar-mandir’ di kawasan berhampiran pintu masuk masuk hospital.
Pergerakan kerusi roda itu seolah-olah ada ‘seseorang’ yang sedang mengendalikannya.
Thanasak Pakdeenuan, Pengarah Hospital Ban Kham Doung mengesahkan bahawa ia adalah kerusi roda manual.
Kerusi Roda dilihat seolah-olah mudar-mandir di tempat berkenaan
Thanasak menambah kerusi roda itu disumbangkan oleh seorang bekas pesakit di hospital tersebut, yang sudahpun meninggal dunia.
Rakaman Video:
Hospital itu kini merancang untuk mengadakan upacara bagi menghormati roh pemilik kerusi roda itu. – Thesun.co.uk
Baca lagi cerita dibawah
Tiga golongan manusia yang dicintai Allah | Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:
Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.
Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.
Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.
Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:
Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur
Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil
Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.
Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :
” Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu” :
Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu
Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu
Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu
Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa
Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut
Lupakan budi baikmu terhadap orang lain
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu
Jangan Lupa Joint Group Berita Semasa