Singkap kehidup̷an masyarakat Kel̷antan! Sabri Yunus perju̷ang maruah bud̷aya M̷ak Yong dal̷am ‘Duan Nago Bogho’

Singkap kehidupan masyarakat Kelantan! Sabri Yunus perjuang maruah budaya Mak Yong dalam ‘Duan Nago Bogho’

BUKAN sekadar memaparkan babak aksi, filem terbaharu arahan dan tulisan Sabri Yunus berjudul Duan Nago Bogho mengetengahkan seni budaya Mak Yong yang popular di negeri Kelantan.

Menurut Sabri, dua elemen itu yang membuatkan dia tertarik untuk terlibat dalam filem ini selain berpegang pada tiga faktor utama iaitu cinta pada seni, pertembungan ideologi dan semangat persahabatan.


Sabri mengangkat elemen Mak Yong dalam Duan Nago Bogho.

“Ketiga-tiga faktor ini saya rangkuman menjadi sebuah naskhah dan menjadi tunjang kepada penceritaan yang ingin disampaikan.

“Ia bukanlah sebuah filem aksi semata-mata dan lebih kepada perjuangan dalam pertahankan maruah seni Mak Yong.


Filem ini membawa pelbagai emosi.

“Watak utama juga seorang yang melalui dunia pergaduhan demi maruah diri, namun dia bukan jahat atau samseng, tetapi orang yang sangat menjaga maruah, harga diri dan nilai seni,” katanya.

Filem terbitan Kalamarif Holdings Sdn Bhd ini memulakan penggambaran pada April 2021 dan menelan belanja sebanyak RM2 juta.

Menurut penerbitnya Kolonel Bersekututu (PA) Arisz Ab Rahman, karya ini mampu menambat hati ramai penonton meskipun membawa latar belakang kehidupan masyarakat Kelantan.

“Saya melihat filem ini berbeza dengan filem-filem aksi sedia ada. Ia benar-benar filem berwajah kita yang menggabungkan aksi dengan elemen seni budaya Malaysia iaitu Mak Yong dengan nilai komersial.


“Walaupun latarnya mengenai kehidupan orang Kelantan dan kebanyakannya menggunakan dialek negeri itu Kelantan, namun isu, mesej dan jalan cerita Duan Nago Bogho berlaku di mana-mana sahaja,” jelasnya.

Filem ini menampilkan pelakon Asrul Faizal sebagai watak utama bernama Duan yang juga merupakan seorang pemain Mak Yong dan mempunanyi dua personaliti.


Asrul (kiri) diberi peranan sebagai watak utama.

Antara pelakon lain yang terlibat adalah Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh, Sangeeta Krishnasamy, Husairi Husain, Angeline Tan, Issey Fadzlisham, Jason Chong termasuk Sabri sendiri.

Konflik dalam cerita ini berlaku apabila Dua terlibat dalam pergaduhan ketika dia sedang membuat persembahan Mak Yong sehinggalah bapanya sendiri meminta dia meninggalkan kampung halaman.

Filem Duan Nago Bogho akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Januari 2023.

Sumber Mstar

Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.