“Sy Gvgur 2 Kali Dan Alami Pndrahan Tervk..Rpanya Bkas lstri Svami Hntar Sih1r..” Suatu Hari Ini Yng Trjadi..

Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum wbt semua. Harap apa yang ingin aku kongsikan dapat dijadikan sempadan dan juga dapat dikongsikan kata-kata membina. Aku adalah seorang isteri yang berusia 35 tahun, sudah 2 tahun berkahwin dengan suamiku yang muda 3 tahun dariku. Perkenalan kami agak singkat, atas nasihat keluarga, kami disatukan dengan pernikahan yang memandangkan usiaku ketika itu sudah 33 tahun.

Sungguh kami berhati-hati kerana ini merupakan perkahwinan kedua buat semuaku dan pertama buatkan.

Perkahwinan lalu beliau bertahan selama 4 tahun dan mereka berpisah atas dasar apa, tidak perlu aku rungkaikan.

Cukuplah si isteri memilih keksihnya dari suaminya ketika itu. Mereka juga dikurniakan seorang anak perempuan.

Sepanjang kami berkawan dan bertunang, suamiku begitu bertanggungjawab dan aku yakin dengan izin Allah, ini lah lelaki yang boleh membimbing dan menjadi pelindungku.

Sepanjang proses berkawan dan bertunang, masyaAllah terlalu banyak gangguan dari bekas isterinya yang mengingikan suami ku semula.

Pelbagai helah dilakukannya. Dengan alasan anak, alasan masa, alasan kasih – semuanya diberikan.

Kasihan suamiku yang terpaksa menjual pakaian bundle sebagai pekerjaan kedua demi memenuhi permintaan bekas isterinya yang mempergunakan alasan keperluan anak.

Sedangkan sudah suami ku sediakan segala-galanya. Namun tidak pernah sekali pun aku menghalang suami ku menjaga dan menghulurkan perbelanjaan kepada anaknya.

Sepanjang usia pertunangan kami, kami di uji dengan keskitan mistik. Puas sudah ke hspital, ribuan duit habis dan fokus kerja ku juga terganggu.

Alhamdulillah Allah menghadirkan kehadiran seorang imam membantu kami dan dengan izinnya, kami sembuh.

Kecewa apabila tanda2 diberikan itu, pengkhianat itu datang dari keluarga bekas isteri suami ku. Namun ku tolak ke tepi. Hanya berhati2 aku mampu.

Setelah berkahwin, semakin jahat perbuatan bekas isterinya. Habis dicanang diseluruh nya bahawa aku merampas suaminya.

Sedangkan mereka telah bercer4i hampir 2 tahun sebelum aku mengenali suamiku ini.

Telah aku nyatakan pada suamiku tentang khabar angin yang aku dengar, namun keskitan yang aku dapat apabila suamiku menyatakan dia tidak mendengarnya.

Sepanjang perkahwinan kami, tidak pernah aku menghalang suami ku memberikan wang dan tenaga kerana itu merupakan tanggungjawabnya.

Namun bekas isterinya semakin lancang, sudah mula memerli aku, sudah mula menaburkan fitnah.

Namun cilik langkahnya kerana suami ku memang lemah dengan alasan anak serta selagi tiada bukti, tidak akan suami ku melatah.

Namun kejadian yang sangat meningg4lkan impak dalam hidup dan hatiku, apabila aku gugur buat kali kedua.

Sungguh bagai nyawa dan semangatku pergi bersama bayi yang aku kandungkan waktu itu.

Tiada kata dapat menzahirkan kesedihanku, tiada jeritan mampu menyembuhkan luk4ku. Hampir 2 bulan aku skit dan drah masih tidah berhenti.

Sudah ke hspital namun semuanya dikatakan normal. Akhirnya aku meminta ayahku membawaku ke imam msjid untuk berubat.

Sekali lagi hatiku hncur, rupanya ada lagi pendajal buat diriku. Sungguh aku tidak mempercayainya 100% namun ada bukti2 yang hadir.

Tetapi apakan daya, jika masuk ke mahkamah sekali pun, sukar untuk aku menang.

Bekas isteri suamiku sudah semakin berani mula mengajak suamiku keluar berdua.

Alasan untuk bahagiakan anak, dan suami ku bagaikan lembu dicucuk hidung, bersetuju tanpa hiraukan hati ku.

Apabila aku mengutarakan ketidaksopanan perbuatannya, baru lah kesedaran tiba.

Namun segala2nya, dia lebihkan bekas isteri dan anaknya, sehinggakan aku menjadi terlalu berdikari – puas sudah aku menelan air mataku.

Sehingga malam hari, apendiks ku pecah, aku memandu ke hspital sendiri memandang suami ku bermalam dia rumah orang tua bekas isterinya dengan alasan tengok anak.

Masih aku ingat betapa lantangnya abang long aku memaki suami apabila dia sampai melawatku dihspital.

Betapa kecewanya abang lang yang tak henti2 memelukku. Tidak kami khabarkan kepada orang tuaku kerana tidak ingin mereka berduka dengan keadaan puteri tunggal mereka.

Bekas isterinya terlalu galak mencanang cerita yang suami ku menghabiskan masa bersama mereka. Sungguh hatiku skit.

Aku sudah tidak tahan, lalu aku berhadapan dengan bekas isterinya. Allahuakhbar, dengan berani dia menyatakan hasrat untuk memisahkan aku suami isteri dan ingin bersatu semula dengan suamiku.

Kerana kesilapan yang dilakukannya dahulu membuatkan nya tidak bahagia. Dia juga dengan lancang memanggilku sundal kerana masih menanti suamiku.

Rumah yang aku beli dengan titik peluhku. Yang bekas isterinya idam-idamkan untuk tinggal apabila mereka bersama semula.

Sudah pudar rasa hatiku ini. Hlang segalanya. Hlang pergi bersama pemergian anak ku Hannah. Hannah, ibu gagal melindungimu kerana ibu terlalu percaya yang ayahmu mampu melindungi kita.

Suamiku seorang yang baik namun gagal pertahankan diriku dari terus dianiaya dan gagal berlaku adil kepadaku. Sedangkan aku bukan nya bermadu.

Ayahku teguh berada di belakang ku. Masih mekar diingatanku, Dahlia, abah didik kamu dengan pelajaran terbaik agar kamu mempunyai masa depan yang bagus, abah akan tetap ada bersama kamu dahlia. Binalah hidupmu semula.

Mengalir deras air mataku di saat abah memelukku erat. Tersedu-sedan aku disaat mak memelukku erat. Sungguh kasih keduanya tiada tandingan.

Kini suami tidak ingin melepaskanku, masih di pujuk dan dirayu. Sumpah hati ini sangat terluk4 dek kerana tidak tegasnya suamiku.

Aku masih membawa diri dan kehidupanku, sudah hampir 6 bulan aku membawa haluan sendiri.

Kami duduk bersama namun tidak lebih seakan rakan satu rumah. Puas sudah dia merayu, puas sudah dia berusaha, puas sudah dia insaf, puas sudah dia menangis namun tidak sedikit meningg4lkan kesan dalam hatiku.

Sungguh hatiku mati, matinya hati bagai tiada pengakhirannya. Sungguh siang dan malam aku berdoa agar Allah ambil nyawaku, aku ingin bersama hannah ku.

Ibu rindu Hannah ku. Hannah si penyinar hidup ibu. Siangkan bagai opera – melakarkan senyuman palsu demi kehidupan. Malamku bagaikan layar langit yang gelap mendung tanpa cahaya.

Nasihatku pada lelaki, jadilah pelindung buat isterimu. Janganlah engkau lebihkan yang lain sekiranya isterimu todak pernah menghalangmu dari melakukan tanggungjawabmu. Jangan la engkau memandang enteng tahap kesabaran seorang isteri.

Sabarlah wahai hati….. Assalammualaikum.

Ini antara respon paling terkesan dari netizen.

Norlaila. Sudah sudah tu confessor,maafkan suami mu,bantu dia utk jadi suami sebenar benar suami.kita tak boleh mengharapkan kesempurnaan seorang suami.suami yg cemerlang disokong dik isteri yg bijak dari belakang.

redhakan pemergian anak tu,hannah menanti disyurga buat confessor.hanna mahu ibunya cemwrlang didunia,bangkit dari kesedihan,mengatur langkah,

melahirkan adik adik dia utk berjuang terus sebelum bertemu dia kembali nanti.hidup ni utk masa depan dik.dah berbulan u der4 suami tu,suami tu nak berdamai,terima kemaafan dia.

dia suami yg Tuhan takdirkan utk u,kehilafan lama nya tu perlu dibantu utk diatasi,bukan didend4m dan dibalas…maafkan suami ,niat kerana Allah,redhakan pemergian hannah,InsyaAllah ,

Allah akan bagi yg lebih baik utk you.cuba dulu…rasanya suami tu dah lebih strong dgn denda berbulan you tu…jom kita move on,hidup tak lama.byk amalan nak dikutip utk dibawa kesana….bekas isteri menganggu?

Buat pekak je.minta perlindungan dari Allah.if u ada bukti kukuh yg bekas isteri nak runtuhkan rumah tangga u,boleh saman xwife tu.ada undang undang utk lindungi isteri.boleh contact lawyer.

Ali.Inilah definisi lelaki yg lemah…iaitu lelaki yg kita selalu tgk dlm KEBANYAKAN drama tv3 yg jadi watak bapak kepada hero atau her0in.

Hanya sekadar ada & semua keputusan atau bebelan hanya datang dr watak mak hero/her0in. Lelaki tu hanya wujud utk mendengar bebelan/keluhan mak hero/her0in Hmm…sy simpati dgn nasib sis

Nad. Saja jelah nk pesan kat laki, ambik anak org cara baik, pulangkan cara baik. Kalau rasa dah tak lalu dgn wife tu, bagitahu terus.

Buang jela sampah tu pada tong sampah. Biar je sampah bertemu dengan sampah. Jangan di pungut lagi.

Kebahagiaan terletak dalam diri kita sendiri, bukan pada orang lain. Tak perlu cari dekat dalam diri orang lain, kenal diri sendiri, bahagiakan diri sendiri. Kenapa nak kejar pada sesuatu yang bukan tertulis untuk kita. Love yourself

Farah. Maaf ckp.. apa kata puan TT bangun mlm tahajud, sunat taubat,etc utk dptkn ketenangan hati krn jika bnar puan pernah disihir dn gugur..

blh jd apa shj tindakan puan kini adalah brsm emosi dn mungkin KESAN SIHIR PEMISAH ditmbh keguguran blh mnjdkn puan ada mslh meroyan sbb tu puan masih larut dgn khlangan ank dikandung..

sbb sy blh fahami hal ini drpd pengalaman sy dn juga RASA ttg sihir dn mslh yg melanda sprti bersatu klhtn sprti apa puan RASA itu dgn tindakan puan ambil itu puan rskn mcm relevan benar.. sedangkan ..

puan mungkin dlm kondisi x sihat sbnrnya. Apa kata puan berubat lg dn lg dn bgun solat mlm buat istikharah juga.. krn sihir + mslh dihdpi = situasi like real ..

sy x kesah jika ktika puan buat kptsn dlm keadaan sedar jasad dn ruhani tp sy akn rs trkilan jika puan ambil kptsn dlm keadaan sbnrnya puan masih dlm x sihat hingga sgt beremosi dlm stiap tindakan puan trhdp kptsn rumahtangga puan tu… sbb kdg2 taktikal talbis iblis ni halus.. dn kjayaan trbesar iblis adalah meruntuhkn rumahtangga mukmin.

Maz. Kalau saya lah..tiada maaf bagi mu… Saya akan biar dia kawin semula dgn ex wife dia… Itu yg pompuan tu nk sangat kannn…. Bagi je ..asalkan badan x skit …. Org dh start main sihir ni saya mmg x tahan .. dh pernah rasa dah… Bagi je la apa dia nak .. biar la dia menang kt dunia ni…

Afidah. Kalau betul sebab anak, ajar dan ajak suami untuk tuntut hak penjagaan anak. Kalau ada yang berkata tak baik pisahkan anak dan ibunya, saya tak rasa bekas isteri tu seorang ibu yang baik dari segi perangai yang ditunjukkan.

Ariqa. berilah peluang ke 2 sis .mgkin dia dah sedar sis klu dia masih dgn ex nya baru sis undur diri.solat istikhrah minta petunjuk.insha allah ada jln keluarnya.jgn terburu2 sis minta cer4i

Sumber:EkotaNews

PERHATIAN
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom join group Ceramah Apa Hari Ini (CAHI) , Sama2 Kita Mencari Serta Berkongsi Ilmu… insyaAllah bermanfaat disana.. TQ
Ingin Sertai –> Klik Di Sini