Tahniah Buat Ogy Ahm̷ad Daud! Akhirnya Menerim̷a Pinangan Dan M̷ajlis Bakal Berl̷angsung Minggu Had̷apan
Tahniah Buat Ogy Ahmad Daud! Akhirnya Menerima Pinangan Dan Majlis Bakal Berlangsung Minggu Hadapan
Pelakon senior hebat, Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Kak Ogy mengakui kini sedang menghitung detik menantikan hari penuh bahagia dalam hiduoya apabila dikatakan bakal melangsungkan majlis istimewa.
Menerusi hantaran di laman Facebook, aktres berusia 60 tahun itu memberitahu pihak berkenaan sudah merisiknya sebelum masuk meminang dan menerima pinangan tersebut
Dalam pada itu, Ogy yang juga anak kepada biduan Dato’ Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, seniwati Datin Saadiah menyatakan rasa tidak sabar menunggu majlis yang akan diadakan pada minggu depan.
Hantaran itu menerima banyak ucapan tahniah, selain tumpang bahagia serta mendoakan yang terbaik agar dipermudahkan segala urusan.
Namun hasil pemerhatian, Ogy sempat membalas beberapa komen warganet yang bertanyakan siapakah gerangan lelaki pilihannya itu.
Ogy bagaimanapun hanya memberitahu ‘orang luar negara’ di ruangan balas.
Sekadar info, Ogy pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Eman Manan pada 23 Disember 1990 sehingga mendapat liputan meluas daripada media pada ketika itu. Bagaimanapun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila pasangan ini memfailkan penceraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.
Sumber: OMM via Facebook Fauziah Ahmad Daud
Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.