Tak Iancar baca d0a Iepas s0lat? Cuba amaI d0a yg senang utk di hafal ini.. InsyaAllah Banyak Manfaatnya
Assalamualaikum …
Doa Selepas Solat Fardhu Beserta Maksudnya
Selain doa dalam bahasa Arab, kita juga boleh berdoa sekadarnya dalam bahasa Melayu. Di sini kami kumpulkan ayat-ayat doa selepas solat yang boleh dijadikan amalan beserta maksudnya. Semoga ia lebih difahami, mudah diingati, dan dapat dihayati sepenuhnya.
1. Pembukaan doa :
2. Selawat Ke Atas Nabi :
3. Isi doa :
4. Penutup Doa :
*Doa Tambahan
Jika dah hafal, boleh ditambah dengan ayat-ayat ini pada pertengahan doa (sebelum penutup).
1. Tambahan 1
2. Doa Tambahan 2
3. Doa Tambahan 3
4. Doa Tambahan 4
5. Doa Tambahan 5
Doa Selepas Solat Fardhu Amat Mustajab
Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong”. – (HR Tirmizi)
Seperti yang kita tahu, doa selepas solat termasuk antara waktu berdoa yang paling mustajab. Oleh itu, marilah kita memanfaatkan setiap waktu selepas fardhu untuk membaca doa. Tidak perlu panjang, doa ringkas pun jadilah.
*Sumber doa daripada laman web Bacaan Solat Lengkap.
Baca lagi cerita dibawah
Tiga golongan manusia yang dicintai Allah | Dalam hadis qudsi ada disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan yang paling dicintai Allah SWT iaitu:
Allah mencintai orang yang tawadhu, tetapi Allah sangat mencintai orang kaya yang tawadhu.
Allah SWT mencintai orang yang pemurah, tetapi Alllah SWT sangat mencintai orang miskin yang pemurah.
Allah sangat mencintai orang yang bertaubat tetapi Allah SWT sangat mencintai orang muda yang bertaubat.
Tiga golongan yang dibenci Allah ialah:
Allah SWT membenci orang yang takabbur, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang takabbur
Allah SWT membenci orang yang bakhil, tetapi Allah SWT sangat membenci orang kaya yang bakhil
Allah SWT membenci orang yang tidak mahu beraubat, tetapi Allah SWT sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.
Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :
” Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu” :
Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu
Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu
Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu
Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa
Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut
Lupakan budi baikmu terhadap orang lain
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu
Jangan Lupa Joint Group Berita Semasa