“Kaki Suami Sejak Kecil Macam Tu, Tapi Saya Tetap Anggap Suami Sempurna” Cinta Yang Ikhlas
Walaupun bergelar orang kelainan upaya, tak bermaksud mereka patut disisih dan dipinggarkan.
Malah sepatutnya kita memberi mereka kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan walau bagaimana keadaan sekali pun.
Seperti kisah yang diceritakan oleh isteri ini apabila suaminya yang OKU mempunyai kaki yang pelik serta kelihatan terbalik.
BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH
Oleh kerana video yang dimuat naik oleh si isteri memaparkan kaki suaminya penuhdicuc0k besi, warganet menyangka suaminya terlibat dalam kemaIangan jalan raya.
Rupa-rupanya tidak. Namun ada kisah di sebaliknya.
Isteri atau nama sebenar Siti Nurshuhada Ismawadi, 31, ada menjelaskan dengan lebih lanjut tentang keadaan suaminya itu.
Shuhada berkata suaminya, Shamsul Zufahemi Yusof, 32, mengalami jngkitan di kaki hingga mengakibatkan demam panas ketika masih kecil.
“Suami saya jadi macam tu bukan sebab kemaIangan. Tapi masa dia demam panas masa umur dua tahun dan ada jngkitan pada tulang kaki.
“Kaki suami bernanah dan tulang kaki patah, menyebabkan kakinya tidak lagi normal dan membengkok,” katanya.
Berasal dari keluarga susah secara tak langsung merumitkan lagi proses rawatan. Suaminya turut sering dimaklumkan bahawa kaki kirinya perlu dipot0ng.
Shuhada sendiri pernah dimasukkan ke hospital pada Ramadan tahun lalu kerana mengalami pnyakit batu karang di hempedu.
“Masa saya nak discaj dari hospital, seorang doktor bedah ortopedik tawar suami untuk lakukan pembedahan bagi meluruskan kaki dia tanpa perlu dipot0ng.
“Selama ini kebanyakan doktor cadangkan suami supaya potong kaki. Suami pula sukakan sesuatu yang baharu, jadi sekurang-kurangnya dia mencuba sebelum mengalah.
“Walaupun dia berjalan ‘tempang’ kerana panjang kaki yang tidak sama, suami tetap berjalan seperti orang lain… dia tak mahu pakai tongkat atau kerusi roda,” kata anak kelahiran Terengganu ini.
Shuhada dan suami selamat mendirikan rumah tangga pada 12 Februari 2021 setelah hampir 9 tahun berkenalan sejak 2012.
Walaupun suaminya pemegang kad OKU, di mata Shuhada suaminya itu tetap sempurna.
“Saya tak anggap suami OKU kerana dia ada banyak kelebihan sampaikan saya sendiri tak mampu buat. Panjat pokok kelapa pun suami boleh. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.
“Dan saya bersyukur dan terharu keluarga menerima dia seadanya. Suami begitu penyayang dan mengambil berat,” katanya sambil menambah suaminya bekerja secara sambilan dalam bidang teknologi maklumat (IT).
Menurut Shuhada yang juga seorang kerani, suaminya telah menjalani pembedahan di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) di Serdang, Selangor, awal minggu ini.
“Sebelum ini suami dah lalui beberapa follow up sejak tahun lalu. Alhamdulillah, suami selamat menjalani pembedahan dan kini dalam proses pemulihan,” katanya.
Shuhada turut menjelaskan kos pembedahan kaki termasuk penggunaan besi memerlukan kos lebih RM25,000 di mana ia ditanggung dengan status sebagai pemegang kad OKU termasuk faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Doktor kata pembedahan ni untuk luruskan kaki yang bengkok sebelum tumbuh tulang baru. Kami difahamkan, ia akan mengambil masa dua tahun sebelum pembedahan seterusnya.
“Saya harap keadaan suami bertambah baik, insya-Allah. Suami isteri perlu sokong antara satu sama lain demi kebahagiaan bersama,” kata pemilik video yang tuIar baru-baru ini di TikTok dengan 3 juta tontonan!
VIDEO:
– Sumber & video dipetik dari Yoy Network, TikTok
Sumber:MytvViral