Telefon Bimbit Jump̷a Semul̷a Selep̷as 13 Bul̷an Tercicir Dal̷am LRT! Ini Tind̷akan G̷adis Ini Kep̷ada Pengaw̷al Tersebut..
Telefon Bimbit Jumpa Semula Selepas 13 Bulan Tercicir Dalam LRT! Ini Tindakan Gadis Ini Kepada Pengawal Tersebut..
Siapa sahaja yang tak ada telefon bimbit pada zaman kini? Boleh dikatakan kemana sahaja kita pergi, pasti akan bawa telefon bimbit walaupun ingin masuk ke tandas. Bagaimanapun disebabkan saiznya yang agak kecil, ramai yang pernah mengalami situasi hilang atau tercicir peranti tersebut.
Cuba bayangkan kalau hilang di kawasan umum yang ramai orang seperti pusat beli-belah, dalam pengangkutan awam atau lain-lain tempat? Mesti rasa gelabah dan ‘hilang akal’ kan?
Tapi, rezeki berpihak kepada individu ini, tular sebuah ciapan di Twitter melalui akaun @sharifahyasmiin berkenaan telefon bimbitnya yang hilang dalam jangka lebih daripada setahun di LRT telah dijumpai semula.
Hilang sejak Disember 2021??
Menurut Yasmin, telefon bimbit tersebut telah hilang pada Disember 2021 dan dia juga telah membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai insiden itu.
Setelah 13 bulan, Yasmin memberitahu bahawa ada seorang individu yang menghubunginya memberitahu bahawa telefon bimbitnya telah dijumpai dan dia amat bersyukur.
Individu tersebut yang dikenali sebagai Aiman, bekerja sebagai seorang pegawai penyelia keselamatan, telah menjumpai telefon bimbit tersebut dan berjaya menghubungi Yasmin.
“Better late, than never” – Yasmin
Aiman telah menjumpai nama Yasmin sebagai emergency contact di dalam telefon berkenaan dan dia telah bertindak untuk melalukan carian di atas talian sekali gus menjumpai nombor telefon adik Yasmin.
Namun sehingga hari ini, Yasmin masih mencuba untuk mendapat akses kepada telefon tersebut selepas dikunci kerana beberapa kali cubaan kata kunci yang salah telah dilakukan oleh orang tidak dikenali.
Difahamkan, telefon bimbit Yasmin itu telah dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan sebuah condominium dan disebabkan dia takut dituduh atas kesalahan mencuri dia telah memberikan telefon berkenaan kepada Aiman untuk dipulangkan kepada tuannya.
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih dan kagum dengan tindakan Aiman yang amanah dalam melakukan tugas sehinggakan sanggup bantu mencari tuan kepada telefon berkenaan.
Sumber Lobak Merah
Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.