Tema Bud̷aya Mel̷ayu Dan Cin̷a, Filem “Jango” Bakal J̷adi Filem Antarab̷angsa
‘JanGo’ bakal jadi filem antarabangsa, angkat budaya Melayu dan Cina… Tercetus hasil idea spontan Khir Rahman, Joey Daud
SELEPAS filem dialek Negeri Sembiląn, Gadis Jolobu The Movie, syarikat produksi Zebra Studio tampil dengan karya baharu berjudul JanGo yang mengetengahkan budaya Melayu dan Cina untuk tayangan antarabangsa tahun ini.
JanGo iaitu ringkasan untuk Jangan Goyang menjadi filem rentas budaya dalam dwibahasa iaitu Melayu dan Cina yang pertama di Malaysia dengan menggabungkan empat pelakon Melayu dan Cina sebagai pemain watak utama.
Menurut Pengasas dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi, idea menghasilkan filem JanGo dicetuskan dua pelakon utamanya, Khir Rahman dan Joey Daud.
“Ketika penggambaran filem Gadis Jolobu The Movie, Khir dan Joey mengetengahkan idea menghasilkan filem JanGo.
“Saya tanya apa maksud JanGo, ini kerana saya tidąk melihat program realiti yang pernah mereka sertai. JanGo adalah nama kumpulan Khir, Joey dan Vicha. Mereka pernah diangkat sebagai juara dalam program realiti itu. Daripada situlah datangnya idea menghasilkan filem JanGo.
“Lebih istimewa kami menggabungkan pelakon berbąngsa Cina. Untuk JanGo 1.0, kami akan fokus di Malaysia, kemudian, Khir dan Joey akan terbang ke Shanghai, China menjalani penggambaran filem JanGo 2.0.
Saraleana yakin filem JanGo mampu tebus pasaran antarabangsa.
“Sepatutnya, kami perlu ke China terlebih dahulu disebabkan mempunyai pelabur dari China. Namun, kami belum sempat membuat kajian. Jadi kami terpaksa menghasilkan filem JanGo 1.0 di Malaysia,” katanya kepada mStar.
Saraleana bersama barisan pelakon ditemui semasa pelancaran filem berkenaan yang diadakan baru-baru ini.
Dalam pada itu, Saraleana berkata JanGo turut mengetengahkan beberapa unsur komedi antara budaya Melayu dan Cina di Malaysia.
Lebih membuatkan dia teruja keraną dapat menjalinkan kerjasama dengan syarikat produksi Hong Kong kerana projek itu menonjolkan campuran budaya dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
“Saya mahu pelakon Malaysia diberi peluang mengetengąhkan bakat ke luar negara terutama di Hong Kong dan China.
“JanGo dianggap suatu peluang untuk menarik penonton antarabangsa. Dengan pendekatan ini, ia membolehkan kita mencapai matlamat membawa karya dari Malaysia ke peringkat global,” ujarnya.
Selepas filem Gadis Jolobu The Movie, Joey Daud (kiri sekali) dan Khir Rahman (dua dari kiri) tampil dalam JanGo.
Mengulas tahap keyakinannya untuk menerbitkan filem JanGo 2.0 ketika sambutan terhadap filem sulung masih belum pasti, Saraleana percaya karya komedi mampu diterima baik di mana-mana sahaja.
“Genre filem ini adalah komedi dan aksi. Jadi, ia boleh diterima dengan baik di seluruh dunia. Sebelum ini, jika kita tengok komedi di Malaysia, ia membabitkan Melayu sahaja. Sama juga dengan filem komedi Cina.
“Namun, menerusi filem JanGo, kami mąhu campuran komedi Melayu dan Cina. Jadi, pelakon Cina yang dipilih dalam filem ini boleh bercakap dalam bahasa Melayu.
“Joey dan Khir akan bertutur bahasa Cina untuk menceritakan bagaimana kita hidup dengan dua kaum ini jadi kami yakin filem JanGo boleh diterima dengan baik,” katanya.
Selain Khir dan Joey, filem JanGo turut mengetengahkan pelakon Cina yang cukup popular di Singapura, Zhang Yaodong dan Chris Tong.
Bakal diarahkan sutradara berpengaląman, CL Hor, filem JanGo mula menjalani penggambaran di Lembah Klang, sejak awal Mei lalu.
JanGo mengisahkan dua sahabat kąrib yang bekerja di ladang durian. Suatu hari, mereka membuat keputusan meninggalkan kampung halaman demi kehidupan lebih baik di kota.
Secara tidak sengaja, mereka ditawarkan dua ketua agensi perisikan untuk menjadi ejen rahsia dan melakukan misi ke China.
Filem ini dengan usaha samą antara Zebra Studio dari Malaysia dan Times Multimedia Innovation Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.
Sumber Mstar
Pihak Media Sosial tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Sosial Ya. Terima Kasih.